JURNAL 9


TRADISI MEMBACA Mengubah  Sempadan Budaya
The Reading Tradition Changing Cultural Border


Disediakan oleh:

Haji Akhmad Bin Haji Monggoh
Guru Besar, SK. Kinabutan Besar, Tawau



Pendahuluan   

Napoleon pernah berkata,  ”Siapa yang membaca dan mengamalkannya apa yang dibaca, ia akan memerintah dunia”, (Senu Abdul Rahman,1971).  Tradisi Membaca atau The Reading Tradition dihasilkan kerana menyahut cabaran dan tuntutan ilmu untuk semua terutama  para pelajar dan kanak-kanak yang masih kecil. Selain itu mengambil bahagian penulisan esei anjuran British Counsil yang menawarkan hadiah buku-buku berkualiti berjumlah 1,600 buah.

Setinggi-tinggi  penghargaan kepada Miss Kerrilee Barrett (Mentor Penutur Jati, KPM & British Counsil) kerana memperlawa saya untuk mengambil bahagian penulisan esei ini dalam dwi bahasa. Saya juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada guru penterjemah sehingga buku ini dapat diterbitkan di sekolah ini.  Saya juga tidak lupa ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua guru dan staf
SK. Kinabutan Besar kerana sentiasa memberi sokongan terutama dari sudut amalan membaca di kalangan murid-murid sekolah ini.  Saya tidak menjangka petikan yang diusahakan ini mendapat perhatian di kalangan guru dan murid-murid sekolah ini.  Saya berharap cetusan idea ini dapat membantu murid-muridku yang dikasihi meningkatkan semangat rajin membaca, mampu berubah dari segi sikap dan budaya.

Tujuan Buku Tradisi Membaca “The Reading Tradition” ini adalah untuk membantu para pembaca terutamanya  para pendidik untuk melaksanakan perkhidmatan-perkhidmatan murid-murid di peringkat awal yang berkualiti tinggi. Bahan ini dicadangkan sebagai satu alat untuk semua murid yang bersekolah termasuk ibu bapa di rumah yang mempunyai anak, berpengalaman dan mempunyai tanggungjawab memberi khidmat kepada anak-anak didik. Penyediaan dokumen ini untuk para pengguna termuda di sekolah dan di rumah.

Konvensyen mengenai Hak Kanak-kanak Bangsa-bangsa Bersatu (1989) menekankan hak setiap kanak-kanak untuk perkembangan potensi sepenuhnya kanak-kanak tersebut, hak mendapat akses percuma dan terbuka kepada maklumat, bahan-bahan dan program-program, dalam keadaan yang sama untuk semua, tanpa mengambil kira umur, bangsa, jantina, latar belakang kebangsaan dan kebudayaan, bahasa, status sosial atau kemahiran-kemahiran dan keupayaan-keupayaan peribadi.

Ketersediaan perkhidmatan-perkhidmatan perpustakaan di sekolah dan di bandar untuk anak-anak mudah amat penting. Penyelidikan mengenai perkembangan awal otak telah menunjukkan impak yang amat jelas bahawa bercakap, menyanyi, membaca bagi anak-anak yang masih mentah mempunyai kesan terhadap pemerolehan pertuturan dan bahasa mereka. Persekitaran anak-anak tersebut menyumbang kepada kemajuan kemahiran-kemahiran pra-membaca. Persekitaran yang merangsang pembacaan juga melibatkan ketersediaan bahan-bahan bacaan. Keluarga-keluarga di seluruh dunia memerlukan akses kepada peralatan yang tersedia di sekolah-sekolah dan di perpustakaan-perpustakaan setempat mereka.

Setelah murid-murid memperolehi asas yang kukuh dalam kemahiran membaca, mereka hendaklah dilatih untuk membaca dengan lebih mendalam dan meluas. Mereka bukan hanya setakat boleh membaca kuat, menyebut perkataan-perkataan dengan jelas dan tepat, menggunakan intonasi, gaya dan tekanan yang betul, tetapi mereka juga harus boleh memaham dengan baik apa sahaja yang dibaca. Untuk mencapai maksud ini latihan bacaan intensif boleh dilaksanakan.

Bacaan intensif adalah bacaan yang pada asasnya bertujuan memperkembangkan kebolehan dalam meneliti, memaham dan mentafsir apa sahaja yang dibaca dengan tepat. Di samping itu, ia memberi penekanan kepada kajian terhadap ciri-ciri tatabahasa, meneliti pembentukan dan penggunaan perkataan, serta pemakaian bahasa itu dalam konteks dan situasi yang berlainan. Latihan-latihan bacaan intensif biasanya memerlukan bimbingan dan bantuan penuh daripada guru-guru terutama dalam menghadapi dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid-murid.

KEGUNAAN DAN KEBAIKAN  MEMBACA BUKU

Sebagai murid kita perlu memupuk tabiat membaca untuk menambahkan ilmu pengetahuan, menajamkan pemikiran. Terdapat pelajar yang menyedari akan kebaikan membaca tetapi tidak mengamalkannya. Alasan yang diberikan adalah seperti ketiadaan minat membaca, sentiasa sibuk, halangan bahasa dan sebagainya. Timbul persoalannya apakah kaedah yang boleh digunakan dalam usaha menyuburkan tabiat membaca?.  Satu buku setiap masa satu cara utama yang berkesan ialah dengan sentiasa membawa sebuah buku walau ke mana kita pergi.

Apabila kita mempunyai masa senggang seperti ketika menunggu bas atau menaiki sistem transit aliran ringan (LRT), buku tersebut boleh kita baca. Di samping mengisi masa, kita juga dapat menambah ilmu pengetahuan, tetapkan matlamat dalam membaca kita boleh menetapkan matlamat dari segi berapa lama dalam sehari kita ingin membaca atau berapa banyak buku kita ingin membaca dalam sesuatu tempoh masa. Sebagai contoh kita boleh menetapkan matlamat untuk beristiqamah membaca sesebuah buku itu walaupun sekadar lima atau 10 minit sehari, atau kita boleh meletakkan matlamat untuk menghabiskan pembacaan sebuah buku dalam sebulan. 

Matlamat pembacaan tersebut haruslah mencabar tetapi realistik.  Sekiranya buku tersebut begitu sukar difahami, kita mungkin cepat terasa jemu atau resah walaupun baru beberapa minit menatapnya. Setelah kegiatan membaca telah menjadi tabiat, maka kita boleh memilih buku yang lebih mencabar. Namun sebagai permulaan, dapatkan buku-buku yang sesuai dengan minat serta tahap kefahaman kita. Seperkara yang perlu diambil perhatian, buku yang dipilih perlulah mempunyai pengisian yang bermutu dan bukan sekadar bercorak picisan atau popular sahaja.
    
Saranan seperti di atas adalah sebahagian dari pelbagai lagi kaedah yang boleh dicuba ke arah meningkatkan tabiat membaca di kalangan murid-murid sekolah. Para penggembar pencinta buku, dengan menggunakan kreativiti sendiri, kita boleh memikirkan banyak lagi cara berguna yang boleh diaplikasikan untuk menanam tabiat membaca. Namun sebanyak mana idea atau saranan bernas dapat dicetuskan tetapi seandainya tidak diikuti dengan tindakan, maka idea akan kekal menjadi idea dan kita akan terus kekal ditakuk lama tanpa ada perubahan. Justeru kepada para pembaca, ayuh dapatkan sebuah buku sekurang-kurangnya dibaca sehari   dan jadikan ia teman setia anda!

MENGAPA PERLUNYA MEMBACA BUKU DI KALANGAN MURID-MURID

1. Memenuhi keperluan kanak-kanak di peringkat
    awal

Dalam lingkungan konteks pembelajaran keluarga dan pembelajaran sepanjang hayat, akses kreatif dan berimaginasi kepada Pusat Sumber Sekolah atau perpustakaan-perpustakaan awam untuk kanak-kanak di peringkat awal adalah hak asasi manusia dan ramuan untuk meningkatkan perkembangan mengenai angka dan literasi dalam kehidupan kemudian.

Di sekolah dan perpustakaan-perpustakaan adalah untuk kesemua kanak-kanak, maka itu perlu menyediakan bahan-bahan dan perkhidmatan-perkhidmatan yang baik, yang boleh diakses oleh semua pihak terutama murid-murid sekolah.  Perkhidmatan-perkhidmatan yang boleh diakses termasuk program-program kebudayaan di dalam perpustakaan atau ruang khas yang disediakan oleh sekolah, harus dirancang dengan keperluan-keperluan kesemua kanak-kanak berbeza keperluannya termasuk dengan para pengguna lain.

Perhatian khusus harus diberi kepada keperluan-keperluan kanak-kanak di kawasan luar bandar dan di kawasan yang tidak mempunyai sebarang kemudahan membaca buku yang selesa. Perkhidmatan berkualiti tinggi harus disediakan di sekolah dan di kawasan-kawasan setempat dan dimanfaatkan untuk aktiviti membaca. Kanak-kanak dan keluarga di kawasan bandar mungkin mempunyai keperluan keperluan khusus dan anak-anak bukan hanya tertumpu kepada mereka yang miskin tegar di bandar-bandar besar. 

Mangsa kehidupan bandar besar mesti juga dipertimbangkan; para ibu-bapa yang keletihan akibat kehidupan yang mendesak manakala bilangan perkhidmatan yang tersedia amat banyak lagi membingungkan, dan para ibu-bapa yang terasing dari struktur keluarga tradisi adalah antara masalah-masalah lazim yang ditemui.
2.    Kumpulan-kumpulan sasaran

Kanak-kanak di peringkat awal amat bergantung kepada guru-guru dan ibu-bapa dan pengasuh mereka untuk mendapat akses kepada buku-buku, teknologi-teknologi baru dan perkhidmatan-perkhidmatan perpustakaan di sekolah dan di perpustakaan di Bandar-bandar. Perkara ini memberikan perpustakaan satu peluang untuk mempertimbangkan keperluan-keperluan para pembaca dan untuk mempengaruhi kesedaran mereka mengenai kepentingan membaca     buku, multimedia dan perpustakaan-perpustakaan dalam perkembangan di peringkat awal kanak-kanak.

Kumpulan-kumpulan sasaran untuk perkembangan dan penyampaian perkhidmatan-perkhidmatan kepada mereka yang mencintai buku ini adalah:
a).    Kanak-anak kecil (dibawah umur tiga – lima tahun);
b).    Para ibu-bapa dan ahli keluarga lain;
c).    Para penjaga yang sah;
d).    Para pengasuh, contohnya budak pengasuh,
kakitangan pusat penjagaan harian;
e).    Para pendidik di sekolah;
f).    Para profesional penjagaan kesihatan;
g).    Orang dewasa lain yang bekerja dengan
kanak-kanak, buku-buku dan media.

3.     Matlamat Perkhidmatan Perpustakaan Sekolah / Ruang Membaca.

Untuk memudahkan hak setiap kanak-kanak kepada suatu persekitaran yang mengandungi barang-barang mainan, buku-buku, multimedia dan bersumber untuk mereka para penggemar buku dan para ibu-bapa serta orang lain;
Untuk mewujudkan suatu persekitaran yang kaya dengan bahan bercetak bagi menggalakkan suasana cintakan membaca dan buku-buku;
Untuk memberi akses awal kepada perkembangan awal kanak-kanak tentang minat dan tabiat membaca;
Untuk menyediakan bahan-bahan yang mendedahkan berbagai budaya dalam masyarakat;
Untuk menggalakkan perkembangan pertuturan kanak-kanak di peringkat awal;
Untuk mengembangkan kemahiran-kemahiran bahasa khususnya berkaitan kumpulan minoriti linguistik dan etnik;
Untuk memberitahu para ibu-bapa, dan lain-lain mengenai kepentingan membaca, mengguna buku-buku dan bahan-bahan lain;
Untuk melibatkan dan melatih para semua pihak terutama ibu bapa/guru mengenai bahan-bahan dan sumber-sumber yang berpadanan umur yang tersedia di dalam perpustakaan di sekolah;
Untuk memperkenalkan “cerita” menarik, mendedahkan kanak-kanak,  para ibu bapa dan orang lain budaya-budaya lain;
Untuk mewujudkan tabiat melawat perpustakaan-perpustakaan di sekolah yang berjaya, untuk memimpin ke arah kejayaan literasi sepanjang hayat;
Untuk menjadi penganjur dan saluran bagi mereka yang hidup dengan kanak-kanak di rumah, di sekolah dan mendidik mereka pada masa kini dan di masa hadapan;
Untuk menyediakan suatu ruang untuk kanak-kanak dan para pelawat luar berkumpul, berkongsi dan bergaul;
Untuk menyediakan suatu ruang yang selesa, mesra dan selamat untuk kanak-kanak membaca buku.

4.     PELUANG UNTUK BERJAYA

Sekolah Kebangsaan Kinabutan Besar, Tawau terletak di kawasan Bandar, berhampiran dengan perpustakaan Bandar, Pusat Kegiatan Guru dan sentiasa diberi sokongan dan dorongan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Tawau dan Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP);
Pusat Sumber Sekolah, SK. Kinabutan Besar telah mendapat Anugerah Pusat Sumber Cemerlang di Peringkat Negeri Sabah pada 2011;
Pengurusan dan Perkhidmatan Unit Bimbingan dan Kaunseling SK. Kinabutan Besar mendapat Anugerah 4 Bintang di peringkat negeri 2011;
Amalan membaca di Dewan Terbuka dalam Program SEMAI memperlihatkan satu budaya yang positif;
Sekolah ini telah menjadi Naib Johan dalan Pertandingan Festival Filem Pendek (Digital Story Telling) peringkat Jabatan Pelajaran Negeri Sabah 2011. Anugerah pelakun terbaik dalam festival itu adalah murid dari sekolah ini;
Program NILAM ada menunjukkan peningkatan yang konsisten setiap bulan. Pada tahun 2012 salah seorang murid, Mohd Fakhrul Hakimi Bin Abd Rano dari sekolah ini mewakili daerah Tawau dan johan dalam pertandingan Jejak Maklumat di peringkat negeri;
Persekitaran Bilik Darjah yang kondusif mempunyai bahan-bahan dan ruang bacaan yang baik;
Pada 2012 Johan Peringkat Kebangsaan dan Peringkat Negeri dalam Pertandingan Festival Filem Pendidikan  dan Anugerah Terbaik Kinabalu   
Jadual 1 hingga 3 berikut menunjukkan prestasi LINUS (Literasi) SK. Kinabutan Besar memberi gambaran bahawa kualiti perkhidmatan para guru yang terlibat menjamin kejayaan penguasaan literasi berjaya selari dengan kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia:





Jadual 1:  Data LINUS Saringan 1 Kohort 3  Tahun 1,  2012

 Literasi

Jumlah
Tahun 1    Jumlah Murid
Arus Perdana    Murid LINUS
Biasa    Murid LINUS
Tegar      
119    Jumlah    %    Jumlah    %    Jumlah    %      
     62    52    44    37    13    11   

 Numerasi

Jumlah
Tahun 1    Jumlah Murid
Arus Perdana    Murid LINUS
Biasa    Murid LINUS
Tegar      
119    Jumlah    %    Jumlah    %    Jumlah    %      
     61    51.2    54    45.3    4    3.3   
    
 Jadual 2: Data LINUS Saringan 4 Kohort 2 Tahun 2, 2012
 Literasi

Jumlah
Tahun 1    Jumlah Murid
Arus Perdana    Murid LINUS
Biasa    Murid LINUS
Tegar      
120    Jumlah    %    Jumlah    %    Jumlah    %      
     114    95    5    4.0    1    1.0   

Numerasi

Jumlah
Tahun 1    Jumlah Murid
Arus Perdana    Murid LINUS Biasa    Murid LINUS
Tegar      
120    Jumlah    %    Jumlah    %    Jumlah    %      
     118    98.0    2    2.0    0    0   



Jadual 3:  Data LINUS Saringan Khas  Kohort 1 Tahun 3, 2012

Literasi

Jumlah
Murid    Jumlah
Murid
Arus
Perdana    Jumlah
Murid LINUS    Jumlah Murid Menguasai    Jumlah Murid Tidak Menguasai      
123    119    4    115    93.49%    8    6.50%   
    

 Numerasi

Jumlah
Murid    Jumlah
Murid
Arus
Perdana    Jumlah Murid LINUS    Jumlah Murid Menguasai    Jumlah Murid Tidak Menguasai      
122    119    4    101    82.78%    21    17.21%   



RUJUKAN :

Senu Abdul Rahman, (1971), Revolusi Mental.
Penerbitan utusan Melayu, Kuala Lumpur

Konvensyen Hak Kanak-Kanak Bangsa-Bangsa Bersatu, (1989), 
















Introduction

Napoleon once said, “People who read and practice what they read will rule the world” (Senu Abdul Rahman, 1971). The Reading Tradition was produced for the challenge and obligation for knowledge for all pupils and young ones. Other than that it was as taking  part in essay writing organized by British Counsil which offers almost 1600 quality story books.

My deepest appreciation to Miss Kerrilee Barrett (Mentor in Native Speaker Programme, KPM & British Counsil) for inviting me to take part in that essay writing in dual language. I would also like to extend my appreciation to all the translators for making it possible for  this book to be publish in the school. My sincere appreciation also goes to all the teachers and staff of SK Kinabutan Besar for their constant support especially in cultivating the reading practice among the pupils.
I didn’t expect this passage to get the attention of the teachers and pupils of this school.


I hope these ideas will help to improve the spirit of reading among the pupils and will be able to change the negative attitudes and culture of the beloved disciples.

The purpose of transforming yourself through reading is to help the readers, especially educators, to implement high quality services for students especially at an early stage. This material is intended as a tool for all students, including parents at home with children, who have the experience and responsibility to serve their children. This preparation is for young consumers in schools, and also at home
The Convention on the Rights of the Child (United Nations, 1989) emphasizes the right of every child for their fullest potential development, the right to get free access to information, materials, and programs in the same situation for all without regard to age, race, gender, national and cultural background, language, social status or skills and personal ability.

The availability of library services in schools and in town for infants, children and all walks of life is important. Research on early brain development has shown the clear impact that talking, singing and reading to babies and young children has on their speech and language acquisition. Therefore, it can be concluded that the child's environment contributes to the development of their pre-reading skills. A stimulating reading environment also involves the availability of reading materials to children. Families around the world need to have access to the available resources in schools and in libraries around them.

Once the children get a strong reading
foundation, they should be trained to continue with deep and wide reading. They should be taught not just  strong reading skills, saying the words with clear and accurate pronunciation, using intonation, style and the correct stress, but they also need to be taught to understand better what they are reading. To achieve these objectives, an intensive reading training can be implemented.

Intensive reading is reading which basically aims to develop one's ability in researching, understanding and interpreting what they read correctly. In addition, it emphasizes the study of grammatical features, examines the formation and use of the words, and the language use in different contexts and situations. Intensive reading training usually requires guidance and full support from teachers especially in solving the problems of the students.

Purpose And Benefts Of Reading Books

As students, one must cultivate the reading habit to increase their knowledge and sharpen the mind. There are students who are aware of good reading but do not practice it. The reasons given are lack of reading interest, always busy, and the language barrier. The question arises whether there is any method that can be used in an effort to enrich the reading habit? A book: one of the effective ways is to always bring a book, no matter where we go. When we have free time, such as when we are waiting for the bus or riding the light rail transit (LRT), we can read a book.
    In addition, we can increase knowledge, set goals in reading in terms of how long in a day we want to read or how much we want to read books in a period of time. For example, we can set a goal to read a book that keeps on, even for just five or 10 minutes a day, or we can aim to finish reading a book in a month. Reading goals should be challenging but realistic. If the book is so difficult to understand, we may quickly feel bored or restless even within a few minutes of starting.
     Having had a habit of reading, then we can choose more challenging books. But for a start, get the books in accordance with the interest and level of our understanding. One thing to note, the book selected must have good quality content and not be books only with popular characters.

      The recommendation as above was part of a host of other methods that can be tried to improve the reading habit among school children. By using their own creativity, we can think of many useful ways that can be applied to inculcate a reading habit. However, as many constructive ideas or suggestions can be triggered, if they are not accompanied by action the ideas will remain ideas and we will continue to remain long without any changes. Thus, let’s get a book to read for at least a day and make it your soul mate!


Why The Students Need To Read Books

1. Meet the needs of children who have children at an early stage

Within the context of family learning and lifelong learning, creative and imaginative access to public libraries for children at an early stage is essential for human rights in order to increase the development of numeracy and literacy in later life. The schools and libraries are for all children. So, it is necessary to provide the best materials and services which can be accessed by all parties, especially children. Services that are accessible including cultural programs in the library, or a special room provided by the school, must be designed to fulfill the needs of all children and other users.

Particular attention should be given to the needs of children in rural areas and in areas that do not have any facilities for comfortable reading. Mobile library services should be provided and the local area should be used for outdoor programs. Families in urban areas may have specific requirements and needs for their young children, so mobile libraries should not only cater for those poor in larger cities.

     Victims of city life must also be considered; the parents who are exhausted by a demanding life, while the number of available services is much more confusing and the parents who are isolated from the traditional family structure are among the most common problems found.

2.  The Target Groups

Children of a young age are dependent on teachers and parents or their caregivers to have access to books, new technologies and library services in schools or in the cities. This provides an opportunity to consider the library needs of our readers and to influence their awareness of the importance of reading books, multimedia and libraries in the development of children in early childhood.  The target groups for the development and delivery of services to those who love books are:

a).     Babies and young children (under the age of three
years)

b).    Parents and other family members
c).     Legal guardians

d).     The nanny, for example young guardians, staff
of the day care center
e).     Educators

f).     Health care professionals
g.     Other adults who work with children, books and media

School Library Service Goals / Reading Room.

To facilitate the right of every child to an environment containing toys, books, multimedia and resources for the book lovers, parents and others;
 To create an environment that is rich in print materials to promote a love for books, and a conducive reading atmosphere;
To provide early access to early development of children’s reading interests and habits;
To provide materials that reveal different cultures in society;
To encourage the speech development of children at an early stage;
To develop language skills and bilingualism, especially in relation to linguistic and ethnic minority groups;
To inform parents and others about the importance of reading, using books and other materials.
To involve and train all parties, particularly parents and teachers about materials and resources that are suitable for certain ages that are available in the library at school;
To introduce the "story", to expose the child, the parents and other people about other cultures;
To create a habit of visiting libraries in schools that succeed, to lead to the success of lifelong literacy;
As a host and a channel for those living with children at home and in school to educate them on the present and the future;
To provide a space for children and foreign visitors to gather, share and socialize;
To provide a friendly, welcoming and safe space for children to read books.

    Chance To Succeed

Sekolah Kebangsaan Kinabutan, Tawau is located in the city near the city library, Teacher’s Centre, and is given support and encouragement by the Tawau District Education Office.
 SK Kinabutan Resource Centre was awarded the Excellent Resource Center at State Level (Negeri Sabah) in 2011
The Management and Services of Guidance and Counseling Unit of SK. Kinabutan has been awarded a 4 Star service at state level in 2011
Practice of reading in the ‘SEMAI’ program shows a positive culture.
This school was a winner in the short film festivals competition (Digital Story Telling) at Sabah State Education Department level in 2011
The ‘NILAM’ program has shown consistent improvement every month. In 2012 one of the students from this school Mohd Fakhrul Hakimi bin Abd Rano  won in the “Tracking Information Competition” at  state level.
A classroom environment that is conducive, with  good materials and reading space.
In 2012, the school won the 1st place in state and National Level for Education Digital Film Festival and Received Kinabalu Award.    
Table 1 to 3 below shows the performance of ‘LINUS’ program SK Kebangsaan Kinabutan Besar, Tawau:

Table 1: Screen LINUS Data 1, Year 1 Cohort 3, 2012
Literacy

Total
Year 1    Total
Mainstream
Pupils    Ordinary
LINUS
Pupils    Persistent
LINUS
Pupils      
119    Total    %    Total    %    Total    %      
     62    52    44    37    13    11   
Numeracy

Total
Year 1    Total Mainstream
Pupils    Ordinary
LINUS
Pupils    Persistent
LINUS
Pupils      
119    Total    %    Total    %    Total    %      
     61    51.2    54    45.3    4    3.3   

Table 2: Screen LINUS Data 4, Year 2 Cohort 2, 2012
Literacy

Total
Year 2    Total Mainstream
Pupils    Ordinary
LINUS
Pupils    Persistent
LINUS
Pupils      
120    Total    %    Total    %    Total    %      
     114    95    5    4.0    1    1.0   

Numeracy

Total
Year 2    Total
Mainstream
Pupils    Ordinary
LINUS
Pupils    Persistent
LINUS
Pupils      
120    Total    %    Total    %    Total    %      
     118    98.0    2    2.0    0    0   


Table 3: Special Screen LINUS, Year 3 Cohort 1, 2012

Literacy

Total
Pupils    Total
Mainstream
Pupils    Total
LINUS
Pupils    Total
Master
Pupils    Total
Pupils
Not Master      
123    119    4    115    93.49%    8    6.50%   

Numeracy

Total
Pupils    Total
Mainstream
Pupils    Total
LINUS
Pupils    Total Master         Pupils    Total Not
Master
Pupils      
122    119    4    101    82.78%    21    17.21%   

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Top WordPress Themes