JURNAL 8

PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SUBJEK MATEMATIK KELAS BANTUAN TUISYEN DAPAT MEMPERBAIKI PRESTASI AKADEMIK PELAJAR TAHUN LIMA DI SK. BALUNG TAWAU, 2008

Disediakan oleh:
Haji Akhmad Bin Haji Monggoh
Guru Besar, SK. Kinabutan Besar, Tawau

ABSTRAK

Sejajar dengan aspirasi Negara melahirkan modal insan yang cemerlang dan minda kelas pertama, tanpa mengenal aspek jurang ekonomi keluarga. Lantaran itu Skim Bantuan Tuisyen (SBT) diperkenalkan pada tahun 2003, di mana pelajar yang tergolong dalam keluarga kurang berkemampuan layak mengikuti skim tuisyen tersebut. Sehubungan dengan itu,  guru memainkan peranan yang penting untuk merealisasikan visi tersebut. Tujuan kajian ini dilaksanakan adalah untuk memperbaiki pelaksanaan Skim Bantuan Tuisyen (SBT) pelajar tahun lima bagi mata pelajaran Matematik di sekolah rendah luar bandar. Selain itu kajian ini juga akan meninjau sejauhmana penerimaan guru dan pelajar tentang pelaksanaan Skim Bantuan Tuisyen (SBT) terhadap pelajar yang tidak berkemampuan. Persoalan kajianAdakah Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Skim Bantuan Tuisyen (SBT) yang dilaksanakan berjaya meningkatkan pencapaian murid dalam mata pelajaran Matematik?’.Sasaran kajian ialah Ahli Jawatankuasa Skim Bantuan Tuisyen (SBT) dan pelajar 5 UMS. Data dikumpulkan dengan menggunakan borang soal selidik, pemerhatian serta kaedah temu bual dan hasil dapatan dianalisis menggunakan peratusan. Dapatan kajian ini menunjukkan prestasi akademik pelajar bagi mata pelajaran Matematik telah meningkat, dimana pada minggu pertama pencapaian hanya 50%, pada minggu kedua 65%, minggu ketiga 80% dan meningkat kepada 100% pada minggu keempat. Dapatan daripada kaedah kajian soal selidik berkaitan tentang penerimaan pelajar tentang pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Matematik kelas 5 UMS Skim Bantuan Tuisyen (SBT) menunjukkan purata keseluruhan daripada 20 pelajar memberikan skor atau skala 4 iaitu ‘setuju’ dengan sepuluh item yang diberikan. Cadangan ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada para pelajar, ibu bapa, guru, pihak bahagian pendidikan guru, Kementerian Pelajaran Malaysia dan semua pihak yang terlibat meningkatkan kualiti pendidikan terutamanya dalam konteks subjek Matematik.

ABSTRACT

MANAGEMENT OF TEACHING AND LEARNING OF MATHEMATICS IN TUITION AID CLASSES CAN IMPROVE THE ACADEMIC PERFORMANCE OF YEAR FIVE STUDENTS OF SK. BALUNG TAWAU

In line with the nation’s aspiration to raise excellent human capital and first class mentality, without acknowledging the aspect of family economic divide, Skim Bantuan Tuisyen (Tuition Aid Scheme) (SBT) was introduced in 2003, where students of underprivileged families qualify to attend. Therefore, teachers play an important role to realise the vision. The purpose of this research being carried out is to improve the implementation of Skim Bantuan Tuisyen (SBT) for year five students in Mathematics in rural primary schools. Besides that, this research will also survey how far the acceptance of teachers and students of Skim Bantuan Tuisyen (SBT) implementation on underpriviliged students is. The research question is ‘Is the management of teaching and learning (P&P) of the implemented Skim Bantuan Tuisyen (SBT) successful in improving pupils’ achievement in Mathematics?’. The targets of the research are Skim Bantuan Tuisyen (SBT) committee members and students of 5 UMS. The data is collected by using survey forms, observations and interview method, and obtained results are analysed using percentages. Research results showed that students’ academic performance for Mathematics has improved, where in the first week achievement was only 50%, in the second week 65%, the third week 80% and went up to 100% in the fourth week. Results from enquiry research method on students’ reception of the implementation of teaching and learning of Mathematics in 5 UMS class of Skim Bantuan Tuisyen (SBT) showed the overall average of 20 students giving the score or scale of 4, that is, ‘agreed’ with the ten items given. This suggestion is hoped to be beneficial to students, parents, teachers, the teacher education department, the Malaysian Education Ministry and all parties involved in upgrading the quality of education especially in the context of Mathematic subject.




BAB 1

PENGENALAN
1.1    Pendahuluan
Malaysia hanya mempunyai kira-kira 50,000 keluarga yang dikategorikan sebagai miskin tegar atau hanya satu peratus daripada keseluruhan 25 juta orang penduduk negara ini. Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, daripada jumlah itu seramai 40,000 keluarga berada di luar bandar manakala 10,000 lagi tinggal di kawasan bandar. Mengikut definisi, kemiskinan tegar adalah mereka yang mempunyai pendapatan separuh daripada golongan miskin dan di Malaysia kadarnya ialah RM264.50 sebulan.
Sistem pendidikan di Malaysia telah mengalami banyak perubahan yang dramatik sejak negara mencapai kemerdekaan. Perubahan seperti ini boleh dianggap selaras dengan perkembangan ekonomi negara. Untuk mencapai Wawasan 2020, Kementerian Pelajaran sentiasa memainkan peranan yang amat penting. Wawasan 2020 berhasrat menjadikan negara kita sebagai sebuah negara perindustrian yang setanding dengan negara-negara maju di dunia. Masyarakat Malaysia akan menjadi sebuah masyarakat yang saintifik dan progresif, inovatif dan memandang ke hadapan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga akan menjadi penyumbang kepada tamadun, sains dan teknologi masa akan datang. Sebagai langkah memenuhi hasrat tersebut, modal insan yang berilmu, berwibawa dan berketrampilan hendaklah dilahirkan (Ee, 1997). Jadi, untuk merealisasikan wawasan ini, institusi pendidikan khasnya seperti sekolah-sekolah bertanggungjawab untuk melaksanakan dasar untuk mencapai matlamat tersebut. Justeru, institusi pendidikan memainkan peranan yang amat penting dalam mendidik anak bangsa ke arah mencapai matlamat Wawasan 2020.

Terdapat banyak pembaharuan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan terhadap kurikulum sekolah sejak kebelakangan ini, demi mempertingkatkan lagi tahap kecemerlangan sistem pendidikan di Malaysia. Contohnya pelaksanaan program mengajar Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris dan mata pelajaran teknikal yang bakal diajar dalam Bahasa Inggeris mulai tahun 2006. Pada akhir tahun 2003, kerajaan telah mengeluarkan sebanyak RM200 juta bagi tujuan program Skim Bantuan Tuisyen (SBT). Skim ini mula dilaksanakan di seluruh Malaysia untuk pelajar-pelajar Tahun 4 hingga 6 dari keluarga berpendapatan rendah. Melalui skim ini, setiap pelajar yang telah dikenalpasti akan menerima kupon bernilai RM50.00 sebulan untuk menghadiri kelas tuisyen yang disediakan oleh pihak sekolah pada waktu selepas persekolahan.

Kelas tuisyen ini dikendalikan oleh guru-guru yang layak dan terpilih di sekolah terbabit (Noorwati Salleh dan Zaharah Manan, 2003). Sehubungan itu, Bekas Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Abdul Rafie Mahat menjelaskan dalam Berita Harian bertarikh 15 Julai 2004 mengatakan semua pelajar Tingkatan Tiga dan Lima di 91 sekolah menengah Felda di seluruh negara akan menikmati bantuan tuisyen percuma apabila skim itu dilaksanakan pada bulan Ogos tahun tersebut. Beliau turut memperkatakan bahawa buat permulaan skim ini akan diberikan kepada semua pelajar sekolah menengah Felda yang akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM).

Tan Sri Abdul Rafie berkata, skim tuisyen itu hanya untuk mata pelajaran Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. Sementara bagi pelajar-pelajar yang berkemampuan, kebanyakan mereka akan menghadiri kelas tuisyen berbayar di pusat-pusat tuisyen swasta. Ibu bapa terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang besar untuk menghantar anak-anak ke pusat tuisyen untuk memastikan anak-anak mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan (Jamil Adimin, 2006). Menurut Jumaliah (1999) pada kajiannya ada menyatakan di pusat tuisyen berbayar, pelajar akan dikenakan yuran bulanan untuk setiap kelas yang dihadirinya. Oleh yang demikian, pelajar yang mengambil lebih banyak kelas akan dikenakan yuran yang lebih tinggi. Bergantung kepada pusat tuisyen, mata pelajaran yang ditawarkan biasanya meliputi mata pelajaran teras dan sebilangan mata pelajaran elektif yang banyak diambil oleh pelajar. Namun bagitu, terdapat juga sekolah yang mengadakan kelas tambahan untuk pelajarnya di luar waktu persekolahannya.

Bantuan juga diberikan di bawah Skim Bantuan Tuisyen (SBT) yang merupakan satu intervensi pendidikan yang dilaksanakan melalui kerjasama antara Kerajaan dan guru-guru untuk memberikan peluang kepada murid-murid tahun 4, 5 dan 6 dari keluarga berpendapatan rendah yang kurang maju dalam pelajaran untuk mengikuti tuisyen bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Guru-guru yang memberikan tuisyen ini mendapat bayaran sebagai intensif atas usaha mereka.



1.2 Latarbelakang Kajian Tindakan
Kementerian telah memperuntukkan bantuan sebanyak RM3 bilion untuk Skim Bantuan Tambahan kepada pelajar dan sekolah-sekolah di seluruh Negara. Kira-kira 500,000 murid tahun empat, lima dan enam daripada keluarga miskin di seluruh negara akan menikmati faedah daripada Skim Bantuan Tuisyen yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan mulai tahun depan. Sebanyak RM200 juta diperuntukkan bagi menjayakan skim itu khusus untuk membantu pelajar miskin mendapat pendidikan tambahan. Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyatakan bahawa tuisyen itu adalah untuk empat mata pelajaran teras iaitu Matematik, Sains, Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Skim ini disasarkan kepada pelajar-pelajar bandar dan luar bandar yang tergolong dalam keluarga yang miskin. Bantuan ini adalah untuk semua pelajar tanpa mengira kaum.
Beliau berharap, skim itu akan memberikan kebaikan secara langsung kepada pelajar terbabit bagi membantu mereka mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Menurut Perdana Menteri, nilai bantuan tersebut adalah RM10 bagi setiap mata pelajaran untuk setiap murid. Jumlah pelajar pula, akan dihadkan kepada maksimum 25 orang sahaja setiap kelas bagi memastikan keberkesanan pembelajaran.
Pelaksanaan program tuisyen itu, akan dilakukan di sekolah terbabit yang membabitkan guru sedia ada. Skim Bantuan Tuisyen (SBT) ini akan dilaksanakan berterusan dan bukan pada waktu tertentu sahaja. Tuisyen tambahan ini penting kerana didapati pada waktu ini ia membawa kesan yang baik kepada pelajar yang telah mengikutinya. Justeri itulah kerana kerajaan tidak mahu anak-anak yang lain yang datang dari keluarga yang miskin tidak mampu untuk meluangkan sedikit perbelanjaan supaya anak mereka boleh mengikuti tuisyen, jadi dengan itu kerajaan sedia membantu kepada golongan tersebut. Murid-murid yang terbabit akan dikenal pasti daripada kalangan keluarga yang kurang mampu dan mempunyai potensi untuk maju dalam pelajaran. Ibu bapa yang layak akan diberikan baucar dan anak mereka boleh mengikuti kelas untuk diberikan tuisyen dan menyerahkan kupon tersebut sebagai bayaran kepada guru apabila sampai tempoh yang telah ditetapkan dalam skim itu. Bagaimanapun, katanya jumlah guru yang akan terbabit dalam program itu belum ditentukan. Soal kekurangan guru juga tidak timbul kerana ia membabitkan guru-guru sedia ada dan semua mereka akan dibayar berdasarkan baucar tersebut. Bagaimanapun kaedah pelaksanaan sedang dikenal pasti dan berapa mata pelajaran dan jumlah jam yang perlu dilalui oleh murid terbabit akan dikenal pasti.
Sejajar dengan aspirasi Negara melahirkan modal insan yang cemerlang dan minda kelas pertama, tanpa mengenal aspek jurang ekonomi keluarga. Lantaran itu Skim Bantuan Tuisyen (SBT) diperkenalkan pada tahun 2003, di mana pelajar yang tergolong dalam keluarga kurang berkemampuan layak mengikut skim tuisyen tersebut. Pelaksanaan Skim Bantuan Tuisyen (SBT) terhadap pelajar miskin tahap dua yang terdiri daripada pelajar tahun 4, 5 dan 6 yang mempunyai masalah dari segi akademik tetapi mempunyai potensi untuk mencapai peningkatan akademik. Keberkesanan pelaksanaan Skim Bantuan Tuisyen (SBT) ini terhadp peningkatan akademik pelajar tidak dapat dinafikan.


1.3 Tujuan Kajian
Tujuan kajian ini dilaksanakan adalah untuk memperbaiki pelaksanaan Skim Bantuan Tuisyen (SBT) pelajar tahun lima bagi mata pelajaran Matematik di sekolah rendah luar Bandar. Selain itu kajian ini juga akan meninjau sejauhmana penerimaan guru dan ibu bapa pelajar tentang pelaksanaan Skim Bantuan Tuisyen (SBT) terhadap pelajar yang tidak berkemampuan.
1.4 Pernyataan Masalah
Permasalahan yang ingin dikaji oleh pengkaji ialah melihat pelaksanaan Kelas Bantuan Tuisyen dalam memperbaiki prestasi pelajar tahun Lima UMS dalam mata pelajaran Matematik. Masalah akademik pelajar sering dikaitkan dengan masalah kemiskinan keluarga pelajar. Sekolah Kebangsaan Balung, Tawau mempunyai ramai pelajar yang tergolong daripada keluarga yang susah. Keseluruhan pelajar Sekolah Kebangsaan Balung tidak mengikut kelas tuisyen secara persendirian, keadaan ini berlaku kerana kebanyakan pelajar berasal dari keluarga yang tidak berkemampuan. Ibu bapa pelajar terdiri daripada pekerja ladang, peniaga runcit, buruh kasar dan sebagainya.
 Secara khususnya persoalan berikut merupakan aspek penting dalam kajian tindakan  pelaksanaan Skim bantuan Tuisyen di sekolah ini:
i).       Adakah dengan mengubah kaedah pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran guru kelas Skim Bantuan Tuisyen dapat memperbaiki pencapaian pelajar Tahun 5 UMS?.
ii).      Apakah pendekatan pengajaran dan pembelajaran guru dengan dengan cara latih tubi, mampu membantu pelajar kelompok miskin tegar meningkat prestasi dalam mata pelajaran Matematik?.
iii).      Adakah setiap kali penyampaian pengajaran dan pembelajaran, ujian formatif dijalankan dapat membantu melonjakkan pencapaian subjek Matematik pelajar tahun 5 UMS di Sekolah Kebangsaan Balung, Tawau.
1.5 Persoalan Kajian

       Terdapat dua persoalan berdasarkan kajian yang dilakukan iaitu:
1.5.1       Adakah Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Skim Bantuan Tuisyen (SBT) yang dilaksanakan berjaya meningkatkan pencapaian murid dalam mata pelajaran Matematik?.

BAB 2

PERANCANGAN
2.1  Pengenalan
 Bab ini membincangkan kaedah yang digunakan dalam kajian ini. Aspek penting yang dibincangkan meliputi perkara seperti reka bentuk kajian, populasi dan persampelan, instrumen kajian, kaedah mengutip data, kajian tinjauan awal dan seterusnya kesimpulan.
2.2  Kajian Tindakan
Kajian ini berbentuk penyelidikan deskriptif. Menurut Othman (1999), matlamat penyelidikan deskriptif ialah untuk menerangkan sesuatu fenomena yang sedang berlaku. Contohnya, masalah-masalah yang dihadapi dalam penguasaan kemahiran 3M bagi pelajar miskin tegar sekolah rendah luar bandar. Oleh itu, kaedah ini tidak bertujuan untuk menguji kebenaran sesuatu hipotesis. Kajian ini meninjau sejauhmana pelaksanaan Skim Bantuan Tuisyen (SBT) membantu kemiskinan tegar di kalangan pelajar Tahun Lima UMS di Sekolah Kebangsaan Balung, Tawau.  
Kajian deskriptif membolehkan penerangan dilakukan terhadap sesuatu fenomena dengan menganalisis data deskriptif yang diperoleh dari soal selidik. Aspek-aspek yang dikaji melalui soal selidik termasuklah beberapa persoalan tentang pelaksanaan skim ini dengan hubungan pelaksanaan adakah mempengaruhi penguasaan kemahiran 3M pelajar tahap satu dan dapat membantu pelajar miskin tegar. Menurut Mohd. Majid Konting (2005), soal selidik juga dapat meningkatkan ketepatan dan kebenaran gerak balas subjek terhadap rangsangan soalan yang diberi kerana penyelidik tidak hadir sama semasa subjek memberikan gerak balasnya. Ini secara langsung mendorong subjek memberi jawapan yang lebih tepat dan benar kerana subjek juga terasa bahawa dirinya selamat untuk memberi jawapan yang tepat dan benar terhadap rangsangan. Temuramah juga digunakan untuk mendapatkan maklumat dalam kajian ini. Tujuannya ialah bagi mengukuhkan lagi maklumat yang diperolehi daripada soal selidik. Temuramah dilakukan kepada guru-guru di Sekolah Kebangsaan Balung dan juga ibu bapa pelajar yang terlibat bagi mendapatkan maklumat berkenaan dengan kajian.
2.3  Rekabentuk Kajian
Kajian tindakan tentang pemantuan pengajaran kelas tuisyen bagi mata pelajaran Matematik untuk memperbaiki prestasi pelajar Tahun 5 UMS di SK. Balung, Tawau telah menggunakan dua rekabentuk kajian iaitu :
        i.            Soal selidik
Borang soal selidik akan diberikan kepada 20 orang pelajar kelas Matematik Tahun 5 UMS yang mengikuti  Skim Bantuan Tuisyrn (SBT).
       ii.            Temuramah
Temuramah akan dijalankan bagi menambahkan lagi maklumat yang diperolehi. Pengkaji akan menemuramah guru-guru dan pelajar-pelajar yang terlibat.
     iii.            Permerhatian
TINJAUAN AWAL
Mengenal pasti kelemahan berdasarkan tinjuan awal, mendapati subjek Bahasa Malaysia sahaja menunjukkan peningkatan ketara. Subjek Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris menunjukkan prestasi yang lemah.

 
Pemerhatian akan dilakukan oleh Jawatakuasa Pelaksana Skim Bantuan Tuisyen (SBT) terhadap 5 orang guru yang mengajar Matematik di kelas 5 UMS Skim Bantuan Tuisyen (SBT).






TINJAUAN AWAL



Sumber :
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia 2004
 
 











Kajian pemantuan kelas tuisyen bagi mata pelajaran Matematik untuk memperbaiki presatsi pelajar tahun 5 UMS di SK. Balung Tawau telah menggunakan teori kajian iaitu teori kognitif untuk mengetahui Skim Bantuan Tuisyen (SBT) ini dapat meningkatkan pencapaian dan prestasi pelajar dalam pelajaran Matematik khususnya.
Menurut teori Kognitif manusia yang bergelar pelajar menggunakan sebahagian besar deria mereka bagi memperoleh pengalaman dan ilmu pengetahuan. Organ-organ deria digunakan bagi memilih rangsangan-rangsangan yang diperlukan daripada persekitaran. Teori kognitif memberi tumpuan kepada faktor-faktor yang terdapat dalam diri pelajar. Seseorang pelajar berusaha mencari penyelesaian antara unsur-unsur rangsangan dan tindak balas yang muncul dalam alam sekitar pembelajaran. Kerana itu, mereka membina pelbagai struktur pengetahuan dan mengemukakan pelbagai hipotesis (Shahbuddin Hashim et al, 2003). Lantaran itu, pelaksanaan Skim Bantuan Tuisyen (SBT) dapat meningkatkan minat pelajar untuk belajar dan meningkatkan pencapaian pelajar dalam subjek Sains adalah bertepatan dengan teori kognitif.
Piaget memberikan lima pandangan asas yang berkaitan dengan pembelajaran kognitif seseorang individu iaitu terdiri daripada skema, adaptasi, keseimbangan, asimilasi, dan akomodasi. Teori ini sesuai untuk digunakan dalam menggambarkan kajian pelaksanaan Skim Bantuan Tuisyen (SBT) kerana, teori kognitif merupakan suatu teori yang melihat pengalaman sedia ada kepada pengalaman yang baru. Dalam konteks kajian, pengetahuan pelajar sebelum pelaksanaan Skim Bantuan Tuisyen (SBT) dan pengetahuan pelajar selepas mengikuti Skim Bantuan Tuisyen (SBT).
             I.      Skema
Merujuk kepada kebolehan dan pengalaman individu termasuklah aksi, bahasa, pemikiran, pandangan atau pun idea. Oleh yang demikian, skema ialah tingkah laku individu yang sentiasa berubah mengikut pembelajaran. Ini bermaksud, tingkah laku pelajar akan berubah mengikut apa yang telah dipelajari. Piaget menyatakan perubahan yang berlaku terhadap kanak-kanak adalah hasil daripada pembelajaran kanak-kanak tersebut.
          II.      Adaptasi (adaptation) dan keseimbangan (equilibration)
Menurut teori Piaget, adaptasi ialah satu proses perubahan skema selaras dengan keperluan situasi. Manakala keseimbangan ialah sesuatu kuasa dalaman  atau dalam konteks psikologi merujuk kepada motivasi penbelajaran. Dalam kajian ini, pencapaian yang cemerlang dalam subjek Sains adalah menjadi matlamat pelajar. Usaha dan motivasi pelajar akan bergerak secara seiring bagi membolehkan pelajar mencapai matlamat yang telah ditetapkan.
       III.      Asimilasi (assimilation) dan Akomodasi (accomodation)
Huraian Piaget yang seterusnya ialah berkenaan dengan asimilasi dan akomodasi. Asimilasi ialah menggunakan pengetahuan atau pengalaman yang sedia ada dalam pengalaman baru untuk mengadaptasikan keperluan baru dalam situasi yang dihadapi atau dalam erti kata lain, menerapkan atau menggunakan pengalaman baru ke dalam pengalaman lama. Akomodasi pula ialah mengubah pengalaman lama akibat ketidaksesuaian pengalaman tersebut terhadap pengalaman baru.
Menurut Jean Piaget (1952) dalam Shahbuddin Hashim et al ( 2003), Pelajar dan persekitaran pembelajaran tidak dapat dipisahkan. Piaget menyatakan individu berinteraksi dengan persekitarannya. Dalam proses berinteraksi dengan persekitaran, pelajar tersebut akan melakukan aktiviti tersebut secara tidak langsung iaitu :
a.      Penyesuaian iaitu menyesuaikan diri dengan perubahan-perubahan dalam persekitaran fizikal.
b.     Organisasi menggabungkan dan mengorganisasikan proses pengetahuan ke dalam satu sistem.
c.      Pengimbangan iaitu keupayaan memproses rangsangan bagi mengekalkan keseimbangan diri. Juga merangsang kestabilan dan kesepaduan kepada pemahaman dan konsep persekitaran.
d.      Membina skema melatih keupayaan pelajar menyusun pengalaman-pengalaman yang diasimilasikan dan diakomidasikan kepada bentuk dan corak tertentu. Skema menjadi panduan kepada pelajar bertindak balas dan bertingkah laku yang bersesuaian dalam situasi tertentu.

2.4 Sasaran Kajian
Pengenalpastian populasi dalam sesebuah penyelidikan merupakan perkara penting kerana populasi bertindak sebagai penentu kepada bidang masalah yang perlu dikaji. Populasi bukan sahaja mampu menentukan sejauh mana dan sebanyak mana data serta maklumat yang perlu dikumpul atau dianalisis malah menjadi pengukur kepada masa dan tenaga yang diperlukan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Populasi merupakan jumlah keseluruhan kumpulan yang hendak dikaji (Amir Hasan Dawi, 2002) manakala persampelan pula ialah strategi penyelidikan untuk mendapatkan maklumat mengenai sesuatu populasi daripada individu yang menganggotai populasi tersebut (Mohd. Majid Konting, 1990).
Persampelan merupakan satu strategi penyelidikan untuk mendapatkan maklumat mengenai sesuatu populasi daripada individu-individu bagi menjadi anggota populasi itu. Penggunaan sampel kajian dapat mengurangkan kos, masa dan tenaga penyelidikan dengan maklumat yang diperolehi boleh digunakan bagi menganggarkan maklumat tentang populasi. Persampelan perlu dilakukan dengan berkesan dan apa yang penting ialah sampel yang diambil dapat mewakili populasi.
Terdapat dua kumpulan sasaran kajian iaitu:
2.4.1   Ahli Jawatankuasa Skim Bantuan Tuisyen (SBT)
Guru sekolah Tahap II dijadikan responden untuk kajian yang dijalankan iaitu ahli jawatankuasa pelaksanaan Skim Bantuan Tuisyen (SBT) membantu keluarga miskin tegar pelajar Tahun Lima UMS di Sekolah Kebangsaan Balung, Tawau. Borang soal selidik diedarkan kepada semua guru Tahap II kerana guru-guru Tahap II terlibat secara langsung sebagai tenaga pengajar dan ahli jawatankauasa pelaksanaan Skim Bantuan Tuisyen (SBT). Guru-guru Tahap II mengetahui keberkesanan Skim Bantuan Tuisyen (SBT), oleh itu data yang bakal diperolehi mempunyai tahap kebolehpercayaan yang tinggi. Data-data yang diperolehi boleh dianalisis berdasarkan pengiraan peratusan. Seramai 23 orang guru terlibat dalam Skim Bantuan Tuisyen (SBT), iaitu seramai 6 orang guru bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia, 6 orang guru bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris, 5 orang guru bagi mata pelajaran Matematik dan 6 oarang guru bagi mata pelajaran Sains. Seramai 14 oarang guru wanita dan 9 orang guru lelaki yang terlibat sebagai tenaga pengajar Skim Bantuan Tuisyen (SBT):
Mata Pelajaran
Guru Wanita
Guru Lelaki
Jumlah
Bahasa Malaysia
2
4
6
Bahasa Inggeris
5
1
6
Sains
2
4
6
Matematik
5
-
5
Jumlah
14
9
23

Rajah 1: Analisis Guru Mengajar Kelas Skim Bantuan Tuisyen (SBT)

2.5      Instrumen Kajian
Dalam kajian yang dilakukan penyelidik telah menggunakan dua instrumen kajian iaitu instrumen kajian soal selidik dan instrumen kajian temuramah.
2.5.1  Soal selidik
Pendekatan yang digunakan menerusi kajian ini ialah pendekatan tinjauan deskriptif secara kuantitatif. Dengan itu, kajian ini akan menggunakan kajian soal selidik  mendapatkan maklumat daripada responden dan pendapat berkaitan pembaikan Skim Bantuan Tuisyen (SBT) membantu kalangan pelajar Tahun Lima UMS dalam mat pelajarn Matematik di Sekolah Kebangsaan Balung, Tawau.  Soal selidik digunakan di dalam kajian ini kerana berupaya mengumpulkan data secara terperinci, tersusun dan piawai. Malah mampu mensasarkan saiz populasi yang besar dan dapat menjimatkan tenaga, masa, minda serta wang penyelidik ketika proses pengumpulan data berlangsung. Borang soal selidik hanya perlu diedarkan kepada kumpulan populasi yang terlibat di dalam sesebuah kajian
2.5.2  Temuramah
Temuramah juga digunakan untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan kajian ini. Temuramah ini melibatkan guru-guru yang terlibat dan pelajar 5 UMS untuk mendapatkan maklumat yang berkenaan dengan Pelaksanaan Skim Bantuan Tuisyen (SBT) dalam membantu pelajar tahun lima dalam mata pelajaran Matematik. Temuramah ini perlu dijalankan bagi mendapatkan maklumat yang lebih kukuh terhadap pelaksanaan Skim Bantuan Tuisyen (SBT) di kalangan guru, ibu bapa dan pelajar berkaitan kajian ini. Hal ini dilakukan sebagai tindakan pemantauan kerana jika hanya bergantung kepada borang soal selidik sahaja, data yang diperolehi mungkin kurang tepat berbanding dengan sikap sebenar. Selain itu, ia juga boleh dijadikan sebagai bukti bagi mengukuhkan data yang diperolehi daripada borang soal selidik tadi.
2.6      Kajian Tinjauan Awal
Tinjauan awal dijalankan adalah untuk mengenalpasti masalah dan tindakan ke atas isu yang dikesan. Daripada kajian tinjauan ini, penyelidik dapat menjangka masa yang digunakan oleh responden untuk menjawab semua item dalam soal selidik. Selain itu, jika terdapat sebarang permasalahan berkaitan seperti ketepatan, kesesuaian istilah dan struktur ayat yang boleh menimbulkan kekeliruan, penyelidik akan dapat memperbaikinya sebelum kajian sebenar dijalankan.
Kajian tinjauan telah dijalankan di sekolah tersebut. Dalam kajian ini, penyelidik telah menggunakan kaedah temuramah. Penyelidik telah menemuramah seorang guru Tahun 4, 5 dan 6 serta lima orang pelajar Tahun 5 UMS bagi mendapatkan maklumat sebagai tinjauan awal bagi menguji kesahan dan kebolehpercayaan kajian sebelum dilaksanakan sepenuhnya.  Hasil daripada temuramah yang dijalankan sedikit-sebanyak boleh memberi gambaran awal terhadap pelaksanaan kajian seterusnya.
            Pengkaji telah membuat tinjauan awal tentang penilaian pencapaian murid Skim Bantuan Tuisyen bagi tahun 2007 kelas 5 UMS. Pengkaji juga membuat analisis peningkatan markah pelajar bagi empat subjek yang ditawarkan dalam Skim Bantuan Tuisyen iaitu Sains, Matematik, Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
MEREFLEK
Menganalisis kekuatan dan kelemahan, daripada hasil pelaksanaan P&P guru dan memikirkan tindakan seterusnya dalam GULUNG 2  


 
2.6.1  Kitaran Tinjauan Awal





















MEMERHATI

Mengutip data tinjuan
-Mengutip data prestasi pelajar Skim Bantuan Tuisyen (SBT)
 

MERANCANG                   Merancang untuk mengatasi masalah  berdasarkan tinjuan awal -Mendapati subjek Matematik menunjukkan pencapaian sangat lemah.
 






BERTINDAK                    Melaksanakan tindakan kajian                              Bertindak meningkatkan pencapaian pelajar miskin dalam subjek Matematik, dengan mengubah kaedah P&P berkesan
 






 









                                                                                          Rajah 2 :Kitaran Tinjauan Awal

2.6.2 Mereflek
Dalam proses mereflek pengkaji cuba mengenal pasti masalah yang terdapat di sekolah tersebut dan menyesuaikannya dengan situasi semasa pendidikan. Pengkaji telah membuat keputusan untuk melakukan kajian tentang pelaksanaan Skim Baucer Tuisyen (SBT) yang telah dilaksanakan oleh pihak kementerian pendidikan Malaysia. Namun pengkaji telah mengecilkan skop kajian terhadap Skim Baucer Tuisyen (SBT) iaitu melihat pengajaran kelas bantuan Tuisyen bagi mata pelajaran Matematik dapat memperbaiki prestasi murid tahun 5 UMS di sekolah SK. Balung.
2.6.3 Memerhati
Pengkaji telah membuat pemerhatian dimana telah mengutip data dan melakukan analisis terhadap data yang diperolehi. Pengkaji telah meminta data terkini pencapaian prestasi empat mata pelajaran iaitu Sains, Matematik, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang diperolehi pelajar tahun 5 UMS yang mengikuti Skim Buacer Tuisyen (SBT). Pengkaji telah menganalisis markah pelajar berdasarkan 3 ujian yang dilakukan iaitu bilangan pelajar yang lulus dan bilangan pelajar yang gagal untuk membuat perbandingan antara ketiga-tiga ujian yang telah dilakukan.
2.6.4 Merancang
Selepas kaedah mereflek dan memerhati pengkaji seterusnya membuat perancangan kajian. Proses merancang kajian dilakukan berdasarkan kelemahan yang dikenalpasti semasa pemerhatian yang diperolehi daripada data prestasi pelajar tahun 5 UMS. Pengkaji mendapati terdapat tiga mata pelajaran yang masih mempunyai tahap pencapaian yang rendah iaitu bahasa Inggeris, Sains dan terutama bagi mata pelajaran Matematik.
2.6.5 Bertindak
Pengkaji telah melaksanakan tindakan kajian berkaitan pengajaran Skim Baucer Tuisyen (SBT) bagi mata pelajaran Matematik dapat memperbaiki prestasi murid tahun 5 UMS di SK. Balung. Pengkaji telah membuat satu rekabentuk kajian dalam mencapai objektif kajian tindakan yang dirancang.
Analisis penilaian pencapaian murid Skim Bantuan Tuisyen (SBT) adalah seperti di bawah:
Pencapaian Mata pelajaran Matematik Tahun 5 UMS
Status Pelajar
Ujian 1
Ujian 2
Ujian 3
Pelajar Lulus
7
6
12
Pelajar Gagal
18
19
13

Rajah 2 : Analisis Ujian  Bulanan Tahun 5 UMS

Berdasarkan Rajah 2 di atas didapati pencapaian Matematik dalam tiga kali ujian bulanan keputusannya adalah lemah.  Daripada 25 orang murid kelas Skim Bantuan Tuisyen  dalam ujian pertama pencapaian ialah 28%, ujian kedua menurun kepada 24% dan ujian ketiga meningkat kepada 48%.  Pencapaian yang sangat lemah itu memberi gambaran bahawa tahap pengajaran guru lemah dan tidak berkesan.  Melihat kepada penomena tersebut pendekatan pedagogi guru perlu diubah kepada satu kaedah P&P yang menarik dan menyeronokkan pelajar dan berterusan dengan mempraktikan model proses kitaran seperti ditunjukkan dalam Rajah 5 di bawah:
2.7            Proses Kitaran Kajian Tindakan
4. Mereflek
 


1. Perancangan
 
 








 



1. Perancangan
 
Tema Kajian                GULUNG 2:                           Kaedah P&P Guru fokus kepada Latih Tubi

 
 


 





2.8            Pelan Perancangan Kajian Tindakan  
Jawatakuasa Skim Bantuan Tuisyen (SBT) dan guru-guru yang terlibat merancang teliti dan menghalusi Pelan Tindakan dengan memberi penekanan kepada stail kepimpinan guru dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran melalui tiga peringkat (kitaran/gulung) seperti di bawah:  
PROSES
PENJELASAN
CATATAN
Gulung Pertama
Perancangan
Merancang tindakan untuk mengatasi masalah pencapaian Matematik di tahap  lemah.
Guru-guru yang terlibat membuat perancangan  dan bertindak mengubah kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi menyelesaikan masalah yang telah dikenal pasti sebagai fokus kajian. Perbincangan Jawatankuasa Skim Bantuan Tuisyen (SBT)  berfokus kepada  merancang langkah-langkah dan kaedah pengajaran guru.
Objektif
- Meningkatkan kualiti  pengurusan AJK Skim Bantuan Tuisyen (SBT)  yang lebih berkesan.
- Membantu guru-guru SBT meningkatkan dan memastikan mutu pengajaran yang sangat memuaskan selaras dengan kehendak Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM)
Bertindak
Bertindak  meningkatkan pencapaian pelajar miskin dalam subjek Matematik, dengan mengubah kaedah P&P yang berkesan.
Setelah AJK SBT  mencapai keputusan hasil perbincangan berhubung dengan langkah mengubah kaedah P&P guru supaya penguasaan Matematik pelajar mantap, maka guru-guru yang terlibat merancang satu pendekatan
- Mengubah kaedah P&P guru dapat memperbaiki pencapaian pelajar 5 UMS dalam mata pelajaran Matematik.                            - Kaedah P&P guru dipebagaikan boleh meningkatkan meningkan hasil pembelajaran murid berkesan.   
PROSES
PENJELASAN
CATATAN

yang sesuai supaya perubahan tingkah laku kognatif pelajar menjadi efektif.  
- Pemantauan berfokus kelas SBT dapat memberi kesan positif pelaksanaan P&P guru berkesan.
Memerhati/
Menilai
Mengutip data ujian bulanan
-Mengutip data prestasi pelajar Skim Bantuan Tuisyen (SBT)


Data ujian bulanan yang dikumpul, dianalisis dan dinilai untuk melihat sejauhmana perkembangan pencapaian P&P guru dengan pendekatan kaedah baru yang berkesan.

Objektif
- Di akhir pengajaran guru prestasi pencapaian murid kelas SBT meningkat secara konsisten.

Merefleksi
Muhasabah/merefleksi diri bagi melihat kekuatan dan kelemahan

Muhasabah/Refleksi disifatkan sebagai inkuiri yang sistematik terhadap amalan pengajaran kendiri bagi memperbaiki amalan pengajaran dan meningkatkan keberkesanannya serta memperdalamkan kefahaman.
Knowles, (1992). Selepas berlaku P&P dalam satu-satu kemahiran kekuatan dan kelemahan dikaji untuk melakukan penambahbaikan.

- Hasil pengajaran dan pembelajaran guru dijadikan flatform bagi tujuan perancangan pengajaran dan pembelajaran seterusnya.
- Guru sepatutnya masa ini dapat mengesan berapa ramai atau peratus murid menguasai kemahiran yang diajar.


PROSES
PENJELASAN
CATATAN

Gulung Kedua
Perancangan
- Merancang tindakan bagi mengatasi masalah pencapaian Matematik setelah mendapati kitaran pertama tidak berjaya/berkesan.
- Mencadangkan kaedah ’Latih Tubi’ sebagai satu pendekatan yang berkesan.

Guru-guru yang terlibat membuat perancangan  tindakan dengan mengubah kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi menyelesaikan masalah yang timbul dikitaran pertama. Perbincangan Jawatankuasa Skim Bantuan Tuisyen (SBT)  kali kedua berlaku untuk merancang langkah-langkah dan pendekatan yang relevan.


- Pendekatan pengajaran dan pembelajaran guru berkonsepkan Latih Tubi secara berterusan dapat membantu memberbaiki pencapaian murid dalam subjek Matematik.

Bertindak

-Tindakan pada peringkat ini pengajaran dan pembelajaran guru fokus kepada pendekatan Latih Tubi berterusan.

Perbincangan Jawatankuasa Skim Bantuan Tuisyen (SBT)  tertumpu kepada kepimpinan guru dalam melaksanakan kaedah Latih Tubi.  Setiap kali guru mengajar satu-satu kemahiran ’Latih Tubi’ berterusan dilaksanakan dalam tempoh sebulan. Jika tidak berkesan, maka tindakan berlaku dalam proses kitaran ketiga.
 

- Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran guru menggunapakai pendekatan ’Latih Tubi’ dapat memberi kesan positif terhadap prestasi Matematik kelas SBT.
PROSES
PENJELASAN
CATATAN

Memerhati/
Menialai
Mengutip data ujian bulanan
-Mengutip data prestasi pelajar Skim Bantuan Tuisyen (SBT)


Data ujian bulanan yang dikumpul, dianalisis dan dinilai untuk melihat sejauhmana perkembangan pencapaian P&P guru dengan mengamalkan kaedah ’Latih Tubi’.


Kaedah ’Latih Tubi’ dapat membantu meningkatkan kualiti P&P guru dan pencapaian murid dalam mata pelajaran Matematik€ meningkat.
Merefleksi Muhasabah/
merefleksi diri bagi melihat kekuatan dan kelemahan pelaksanaan P&P guru.


- Guru menganalisis hasil pencapaian P&P dari segi kekuatan dan kelemahan
- Melakasanakan aktiviti penambahbaikan di kitaran ketiga, sekiranya dikesan ada kelemahan di kitaran kedua.

Refleksi sebagai satu aktiviti penting bagi seorang individu mengingat kembali pengalaman yang telah dilalui, memikir dan mempertimbangkan serta membuat sesuatu penilaian. Refleksi juga sebagai inkuiri yang sistematik terhadap amalan pengajaran sendiri bagi memperbaiki amalan pengajaran dan memperdalamkan lagi kefahaman dalam berkaitan dengan ’Latih Tubi’




PROSES
PENJELASAN
CATATAN

Gulung Ketiga
Perancangan
- Merancang tindakan bagi mengatasi masalah pencapaian Matematik setelah mendapati kitaran kedua tidak berjaya.
- Mengenalpasti punca kelemahan di peringkat Gulung Kedua dan mencadangkan Kitaran
Ketiga ini mengamalkan
Pendekatan P&P Ujian Formatif.


- Perbincangan Jawatankuasa Skim Bantuan Tuisyen (SBT)  kali ketiga fokus kepada punca kelemahan pelaksanaan P&P guru menggunapakai kaedah ’Latih Tubi’.
- Perbincangan di peringkat ini memberi tumpuan terhadap langkah-langkah seterusnya.

- Pendekatan pengajaran dan pembelajaran guru berkonsepkan Ujian Formatif secara berterusan dapat membantu memberbaiki pencapaian murid dalam subjek Matematik.


Bertindak

-Tindakan pada peringkat ini pengajaran dan pembelajaran guru fokus kepada pendekatan baru berkonsepkan Ujian Formatif.

Perbincangan Jawatankuasa Skim Bantuan Tuisyen (SBT)  tertumpu kepada Program Pedagogi berkonsepkan Ujian Formatif.  Setiap kali guru mengajar satu-satu kemahiran ’Ujian Formatif’ berterusan dilaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan.



- Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran guru menggunapakai pendekatan ’Latih Tubi’ dapat memberi kesan positif terhadap prestasi Matematik kelas SBT.
PROSES
PENJELASAN
CATATAN
Memerhati/
Menilai
Mengutip data ujian bulanan
-Mengutip data prestasi pelajar Skim Bantuan Tuisyen (SBT)


Data ujian bulanan yang dikumpul, dianalisis dan dinilai untuk melihat sejauhmana perkembangan pencapaian P&P guru dengan mengamalkan kaedah baru dengan pelaksanaan pendekatan Ujian Formatif.


Program Ujian Formatif dapat membantu meningkatkan kualiti P&P guru dan pencapaian murid dalam mata pelajaran Matematik.
Merefleksi
Muhasabah/merefleksi diri bagi melihat kekuatan dan kelemahan pelaksanaan P&P guru.


- Guru menganalisis hasil pencapaian P&P dari segi kekuatan dan kelemahan
- Melakasanakan aktiviti penambahbaikan di kitaran ketiga, sekiranya dikesan ada kelemahan di kitaran kedua.

Jawatankuasa SBT mengadakan mesyuarat ’Post-mortem’ bagi menghayati pelaksanaan Kajian Tindakan yang dilaksanakan di kitaran ketiga. Jika perlu maka Kitaran Keempat akan dicadangkan.
  


2.9      Pelaksanaan Kajian Tindakan  (4 Minggu)
Di peringkat pelaksanaan, akan membincangkan dan menghuraikan tentang bagaimana kajian dijalankan. Tindakan yang dirancang dijalankan selama satu bulan.

2.9.1    Penggunaan Kad Imbasan Untuk Mengenal Pasti Bentuk-Bentuk Pecahan. (Minggu Pertama).
2.9.1.1  Langkah 1
Guru memperkenalkan ‘pengangka’ (numerator) dan ‘penyebut’ (denominator) dalam pecahan menggunakan kad imbasan. Kemudian, guru menerangkan bentuk-bentuk pecahan (wajar dan pecahan tidak wajar).
2.9.1.2  Langkah 2
Pelajar diminta mengenal pasti pecahan wajar dan tidak wajar berdasarkan kad imbasan yang ditunjukkan oleh guru.
2.9.1.3  Pelaksanaan
Bagi mengajar menggunakan kaedah ini, ianya mengambil masa selama satu jam iaitu sepanjang sesi P&P Matematik berlangsung dalam program SBT. Hal ini kerana, bagi menguasai topik pecahan, amat penting kepada pelajar untuk mengenal pasti sub topik iaitu bentuk pecahan (wajar atau tak wajar) terlebih dahulu sebelum ke sub topik yang seterusnya. Semasa proses P&P Matematik berlangsung, guru akan menggunakan kad-kad imbasan dan menerangkan apa yang dimaksudkan dengan “pengangka” dan “penyebut” serta bagaimana untuk mengenal pasti pecahan wajar dan tak wajar. Seterusnya, pelajar akan diminta untuk menyatakan bentuk pecahan yang tertera pada kad imbasan. Pada peringkat ini, lembaran kerja turut digunakan sebagai latihan pengukuhan.


2.9.1.4  Refleksi
Melalui kaedah ini, pelajar dapat mengenal pasti bentuk-bentuk pecahan dengan lebih mudah dan praktikal berbanding kaedah tradisional (chalk and talk) kerana ia berpusatkan pelajar.
2.9.2  Kaedah Diagram Bertindan (overlap) Untuk Menyelesaikan Operasi
Tambah Dalam Pecahan Yang Mempunyai Penyebut Yang Tidak Sama. (Minggu  ke 2 dan 3)
Contoh kaedah diagram bertindan:
                                      Add                                   equals
2/3      +                             1/4              =                 11/12       
Rajah 6.1: Kaedah Diagram Bertindan
2.9.2.1  Langkah 1 (fractions)
Lukis pecahan 2/3 dalam bentuk kolum horizontal dan pecahan 1/4 lagi dalam bentuk kolum vertikal.
Contoh:
                                               
                                     
               2/3                                       1/4

2.9.2.2.  Langkah 2 (overlap)
Gabungkan kedua-dua pecahan (2/3 dan 1/4). Sekarang, terdapat 12 bahagian yang telah digabungkan bersama dan dua bahagian          lagi bertindan.
Contoh:
                                                                                                                                      +                      =                                                            }                    
                                                                                                    (lorek 2 bahagian lagi)

Selepas dua bahagian ditindan, diagram tersebut perlu dilorek dua bahagian lagi sebagai menggantikan bahagian yang bertindan tadi.
2.9.2.3  Pelaksanaan
Setelah pelajar dapat mengenal pasti bentuk pecahan, pelajar akan didedahkan kepada bagaimana untuk menyelesaikan masalah penambahan pecahan yang tidak mempunyai penyebut yang sama. Guru akan menggunakan kaedah diagram bertindan bagi membantu pelajar memahami operasi penambahan pecahan dengan lebih mudah berbanding kaedah mendarab pengangka untuk menghasilkan pengangka yang sama. Cara langkah pelaksanaan kaedah diagram bertindan telah diterangkan dalam langkah 1 hingga 3 di atas.


2.9.2.4  Refleksi
Melalui kaedah ini, pengkaji mendapati memang banyak kemajuan yang telah dicapai oleh pelajar berbanding penggunaan kaedah pendaraban pengangka yang sering digunakan di dalam proses P&P kelas harian. Khususnya, kepada pelajar yang tidak menghafal sifir. Kaedah ini lebih praktikal dan mudah difahami oleh pelajar. Walau bagaimanapun, kaedah ini tidak 100% berjaya walaupun setelah 2 minggu dijalankan. Hal ini kerana, masih ada pelajar yang tidak dapat memahami bagaimana kaedah penindanan diagram dibuat.
2.9.4 Kaedah Latih Tubi + Perbincangan + Imbasan kaedah-Kaedah Lepas. (Minggu ke 4)
2.9.4.1.  Langkah 1
Kertas lembaran kerja diedarkan kepada setiap pelajar. Ia ini mengandungi 10 soalan subjektif yang merangkumi soalan tentang bentuk-bentuk pecahan dan penambahan pecahan.
2.9.4.2  Langkah 2
Pelajar diminta menyelesaikan masalah pecahan yang terdapat pada lembaran kerja tersebut secara individu.
2.9.4.3.  Langkah 3
Pelajar diminta untuk menunjukkan hasil yang mereka peroleh di papan putih. Guru mengadakan perbincangan untuk memeriksa jawapan pelajar dengan teknik mengimbas kembali dua kaedah yang digunakan sebelum ini kepada pelajar (kad pecahan dan diagram bertindan).

2.9.4.4   Langkah 4
Pelajar diminta membuat pembetulan berdasarkan perbincangan yang telah dibuat.


2.9.4.5   Pelaksanaan
Sama seperti yang dinyatakan dalam langkah 1 hingga 4 di atas.

2.9.4.6  Refleksi
Setelah menjalankan ketiga-tiga kaedah, iaitu yang pertama Kaedah Kad Pecahan, kedua Kaedah Diagram Bertindan dan ketiga Kaedah Latih Tubi + Perbincangan + Imbasan Kaedah-kaedah Lepas, pelajar-pelajar ini telah berjaya menguasai topik pecahan (sub topik bentuk-bentuk pecahan dan penambahan pecahan) dengan baik. Pelajar-pelajar telah boleh mengenal pasti bentuk-bentuk pecahan wajar dan tak wajar serta menyelesaikan masalah penambahan pecahan.

            Kaedah Kad Imbasan dan Diagram Bertindan berjaya menarik minat pelajar-pelajar ini untuk mengikuti proses P&P Matematik bagi sub topik Penambahan Pecahan. Pelajar-pelajar ini lebih berkeyakinan untuk menyelesaikan masalah pecahan apabila mereka didedahkan dengan kaedah yang lebih praktikal dan mudah difahami. Tidak dinafikan, pada peringkat awal P&P, mereka masih kabur untuk memahami topik Pecahan. Tetapi setelah empat minggu SBT berjalan, mereka menjadi semakin mahir. Dorongan, bimbingan dan pujian hendaklah diberikan dari semasa ke semasa agar mereka lebih bersemangat untuk mengikuti pelajaran yang seterusnya.

2.10   Analisis Ujian Bulanan
Analisis Ujian 1 Skim Bantuan Tuisyen (SBT) Bagi Tahun 2007
Kelas : 5 UMS

Mata Pelajaran
Bil
Pelajar
Bilangan Pelajar Lulus
Bilangan Pelajar Gagal
Bil
%
Bil
%
Sains
25
16
64
9
36
Matematik
25
7
28
18
72
Bahasa Inggeris
25
18
72
7
28
Jumlah
75
41
164
34
136

Rajah 3 : Analisis Ujian Bulanan 1

Analisis Ujian 2 Skim Bantuan Tuisyen (SBT) Bagi Tahun 2007
Kelas : 5 UMS

Mata Pelajaran
Bil
Pelajar
Bilangan Pelajar Lulus
Bilangan Pelajar Gagal
Bil
%
Bil
%
Matematik
25
6
24
19
76
Bahasa Inggeris
25
11
44
14
56
Jumlah
50
17
68
33
132

Rajah 4 : Analisis Ujian Bulanan 2

Analisis Ujian 3 Skim Bantuan Tuisyen (SBT) Bagi Tahun 2007
Kelas : 5 UMS

Mata Pelajaran
Bil
Pelajar
Bilangan Pelajar Lulus
Bilangan Pelajar Gagal
Bil
%
Bil
%
Sains
25
9
36
6
64
Matematik
25
12
48
13
52
Bahasa Inggeris
25
12
48
13
52
Jumlah
75
33
132
32
168

Rajah 5 : Analisis Ujian Bulanan 3

Analisis penilaian pencapaian murid Skim Bantuan Tuisyen bagi tahun 2007 kelas 5 UMS dianalisis untuk memudahkan kajian pelaksanaan Skim Bantuan Tuisyen (SBT) membantu pelajar Tahun Lima UMS dalam meningkatkan presatasi mata pelajaran Matematik di Sekolah Kebangsaan Balung, Tawau.  Berdasarkan ujian-ujian yang telah dilaksanakan seperti dalam Rajah 3, 4 dan 5 pada peringkat tinjauan awal didapati pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Matematik dalam Ujian 1 hingga 3 adalah sangat lemah iaitu Ujian pertama gagal 72%, Ujian kedua gagal 76% dan Ujian ketiga gagal 52%. Pencapaian ini memberi gambaran bahawa mata pelajaran Matematik kelas Skim Bantuan Tuisyen (SBT) sangat lemah.  Keadaan ini menjadi penomena di sekolah ini jika tidak ada tindakan untuk memperbaikinya.  Melihat kepada pencapaian yang sangat lemah ini pengkaji mencadangkan supaya guru-guru yang terlibat mengajar mata pelajaran ini di Tahun 5 UMS mengubah pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang lebih efektif dan efisyen.










2.11   Jadual Pelaksanaan Skim Bantuan Tuisyen (SBT)

Bil.
Program/Aktiviti
Bulan
Jan
Februsri
Mac
April
Mei
Jun
Julai
Ogos
September
Oktember
November
Disember
1.

Mesyuarat AJK






P



P





2.

Pemantauan Pengurusan SBT






P



P





3.

Pemantauan P&P Kelas SBT Tahun 5 UMS






P

P

P

P

P

P



4.

Ujian Formatif







P

P

P

P

P

P


5.

Ujian Sumatif






P





P


6.

Mesyuarat Akhir Tahun












P





      BAB 3

PELAKSANAAN

 3.1 Persediaan Tindakan
Dalam kajian yang dilakukan penyelidik telah menyediakan persediaan tindakan dari segi instrumen kajian dan persediaan borang soal selidik.
  3.1.2 Instrumen kajian
 Alat yang digunakan untuk menjalankan kajian ini adalah seperti borang soal  selidik. Menurut Shaharom (1990), kebaikan utama menggunakan kaedah soal selidik ialah jika ia disediakan dengan baik, ia dapat menghasilkan item-item yang konsisten dan boleh dipercayai. Selain itu, kaedah temuramah juga dijalankan bagi mengukuhkan lagi maklumat yang diperolehi melalui borang soal selidik.
   Alat pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini ialah set soal selidik yang terdiri daripada soalan-soalan berskala likert. Soalan-soalan yang terdapat dalam set soal selidik yang digunakan dalam kajian merupakan soalan-soalan yang dibentuk oleh pengkaji sendiri.
3.1.2.1   Persediaan Borang Soal Selidik
Borang soal selidik yang disediakan untuk murid 5 UMS. Borang soal selidik dibahagikan kepada dua bahagian bagi bahagian A dan bahagian B. Soal selidik yang dikemukakan adalah dalam bentuk soalan terbuka dan soalan tertutup.
a) Bahagian A
Bahagian ini mengandungi item meliputi jantina, umur, tahun, ras dan agama. Tujuan bahagian ini adalah untuk mendapatkan maklumat peribadi responden.
b) Bahagian B
Bahagian ini mengandungi item-item yang bertujuan untuk mendapatkan maklumat penerimaan pelajar tentang pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Matematik kelas 5 UMS Skim Bantuan Tuisyen (SBT). Skala Likert empat mata digunakan untuk mendapatkan maklum balas daripada responden. Pada skala Likert, Nombor 1 mewakili ‘amat tidak setuju’, nombor 2 mewakili ‘tidak setuju’, nombor 3 mewakili ‘ kurang setuju’ , dan nombor 4 mewakili  ‘setuju’.
3.1.2.2 Temuramah
Temuramah juga digunakan untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan kajian ini. Temuramah ini melibatkan guru-guru Matematik dan pelajar 5 UMS untuk mendapatkan maklumat yang berkenaan dengan Pelaksanaan Skim Bantuan Tuisyen (SBT). Temuramah ini perlu dijalankan bagi mendapatkan maklumat yang lebih kukuh terhadap pelaksanaan Skim Baucer Tuisyen di kalangan guru dan pelajar berkaitan kajian ini. Hal ini dilakukan sebagai tindakan pemantauan kerana jika hanya bergantung kepada borang soal selidik sahaja, data yang diperolehi mungkin kurang tepat berbanding dengan sikap sebenar. Selain itu, ia juga boleh dijadikan sebagai bukti bagi mengukuhkan data yang diperolehi daripada borang soal selidik tadi.


3.1.2.3 Pemerhatian
Pemerhatian pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran guru Matematik kelas 5 UMS Skim Baucer Tuisyen (SBT). Pemerhatian dilakukan dalam tempoh 4 minggu. Melihat potensi dan pencapaian pelajar bagi matapelajaran Matematik, topik Bentuk Pecahan Wajar dan Tidak Wajar. Sebanyak 4 kali pemerhatian dilakukan iaitu:
        i.            Minggu pertama 19 Mei - 23 Mei 2008
       ii.            Minggu kedua 9 Jun- 13 Jun 2008
     iii.            Minggu ketiga 16 Jun – 20 Jun 2008
    iv.            Minggu keempat 22 Jun – 27 Jun 2008






3.2 Proses Gelung/Kitaran

Pelaksanaan Tindakan
 
Persediaan Kajian
 
Mesyuarat guru Matematik Skim Baucer Tusyen (SBT)
 
     




















Pemerhatian pelaksanaan Skim Baucer Tuisyen (SBT) bagi subjek Matematik kelas 5 UMS. Dalam tempoh 4 minggu.
 

Pengagihan borang soal selidik kepada pelajar 5 UMS.
 


Proses pengajaran dan pembelajaran
 










 


















Mengedarkan borang temubual kepada pelajar 5 UMS.
 

Menjalankan temubual kepada 5 orang guru Matematik Skim Bucer Tuisyen (SBT)
 



Memungut dan mengutip segala data.
 









 














Rumusan dan Perbincangan Kajian
 

Proses Penganalisis data
 

Proses Penilaian dan Refleksi
 





 





3.3 Pelaksanaan Tindakan
Penyelidik telah menjalankan kajian dengan mengedarkan borang soal selidik kepada semua pelajar 5 UMS yang mengikuti Skim Baucer Tuisyen (SBT). Borang soal selidik yang diterima akan dianalisis.
 3.3.1 Pengumpulan data
Pemilihan kaedah pengumpulan data yang sesuai adalah amat diperlukan untuk mengumpul data daripada responden sama ada secara langsung atau tidak langsung. Hasil kajian ini secara keseluruhannya akan bergantung kepada jawapan responden. Oleh yang demikian, data haruslah dikumpulkan secara sistematik agar responden dapat memberikan kerjasama yang baik. Dengan itu, pengumpulan data adalah diproses berdasarkan kepada borang soal selidik yang diedarkan kepada semua responden.
 3.3.2 Skala Pengukuran.
Item tertutup dalam soal selidik kajian ini dirangkakan berpandukan kaedah pentolan yang diperkenalkan oleh Rensis Likert. Likert telah mengemukakan empat skala jawapan iaitu “amat tidak setuju”, “tidak setuju”, “kurang setuju”,dan “setuju”.  Bagi semua skala pernyataan tersebut, kumpulan penyelidik akan menggunakan empat skala pernyataan dalam borang soal selidik yang akan diedarkan. Skala ini akan disusun sepeti berikut:
1. Amat Tidak Setuju
2. Tidak Setuju
3. Kurang Setuju
4. Setuju
3.3.3 Kaedah Analisis Data
Persoalan Kajian
Analisis
1.      Adakah Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Skim Bantuan Tuisyen (SBT) yang dilaksanakan berjaya meningkatkan pencapaian murid dalam mata pelajaran Matematik?.
Descriptive Statistics
(Peratusan)
2.      Penerimaan pelajar tentang pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Matematik kelas 5 UMS Skim Bantuan Tuisyen (SBT).
Descriptive Statistics
(Peratusan)
Walaupun banyak data dan maklumat diperoleh dari kajian ini namun kertas kerja ini hanya memberi tumpuan kepada data-data yang berkaitan dengan tujuan kajian yang telah dinyatakan.

3.4            Penilaian dan Refleksi
Hasil tindakan kajian yang dilaksanakan, didapati para pelajar kelas 5 UMS menuNjukkan peningkatan dalam subjek Matematik dalam tempoh 4 minggu pemerhatian yang dilakukan oleh guru. Pelajar juga menunjukkan minat mengikuti kelas Skim Bantuan Tuisye (SBT) Matematik berdasarkan soal selidik dan temuramah yang dijalankan kepada pelajar kelas 5 UMS.
Hasil kajian pemerhatian yang dilakukan, guru telah merangka pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Matematik kelas 5 UMS Skim Baucer Tuisyen (SBT). Hasil daripada pemerhatian kajian mendapati pelajar menunjukkan peningkatan pencapaian dalam tempoh 4 minggu dalam subjek Matematik. Namun begitu didapati pelajar masih lemah dalam penguasaan topik Name and write the proper fraction, dimana tahap kelulusan pelajar hanya 50% sahaja dalam pemerhatian minggu pertama. Penumpuan yang lebih harus ditekankan oleh para guru bagi membolehkan pelajar menguasai topik ini dengan lebih baik. Sebaliknya dalam pemerhatian minggu kedua bagi topik Write the correct answer bilangan prelajar yang lulus sebanyak 13 orang dan mencapai peartus kelulusan sebanyak 65 %. Pengajaran dan pembelajaran menunujukkan peningkatan yang ketara dan berkesan. Dalam pemerhatian minggu ketiga mencatat 16 orang pelajar yang lulus bagi topik Do Exercise. Pengjaaran dan pembelajaran mencapai objektif, murid aktif, menguasai dan menjawab dengan betul (lulus) dalam latihan 80%.dalam minggun keempat semua pelajar dapat menjawab dengan betul soalan latihan yang diberikan dengan 100% kelulusan.
Ini memunjukkan Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Skim Bantuan Tuisyen (SBT) yang dilaksanakan berjaya meningkatkan pencapaian murid dalam mata pelajaran Matematik bagi kelas 5 UMS. Namun kajian perlu ditambahbaik dengan mengenal pasti kelemahan dan kekuatan pelajar bagi tajuk Bentiuk Pecahan Wajar dan Tidak Wajar.
3.5  kesimpulan
Secara keseluruhannya, bab pelaksanaan ini membincangkan tentang persediaan tindakan dan cara pelaksanaan kaedah. Melalui bab ini penyelidik mempunyai satu gambaran yang jelas tentang kajian yang dijalankan. Selain itu, kaedah untuk menganalisis data yang bakal diperolehi juga dinyatakan dalam bab ini. Diharapkan dengan adanya perancangan pelaksanaan ini, segala hasil yang diharap akan tercapai. Pelaksanaan Skim Bantuan Tuisyen (SBT) ini mendapat sambutan yang baik daripada pihak sekolah, guru, ibubapa mahupun pelajar itu sendiri, ini berdasarkan implikasi positif yang diperolehi daripada tinjuan pelaksanaan dan penilaian refleksi yang dilalukan oleh penyelidik. Diharapkan kajian ini akan berjaya mencapai tujuan dan objektifnya untuk melihat sejauhmana pelaksanaan Skim Bantuan Tuisyen (SBT) berjaya meningkatkan pencapaian murid dalam mata pelajaran Matematik.









BAB 4

PENUTUP

4.1 Penilaian dan Refleksi Berdasarkan Maklumbalas
Maklumat tentang pengurusan pengajaran dan pembelajaran Skim Baucer Tuisyen (SBT) bagi pelajar tahun 5 UMS subjek Matematik diperoleh daripada soal selidik dan temu bual yang telah dijalankan.Analisis data adalah terbahagi kepada bahagian tertentu. Analisis data bagi soal selidik di kalangan pelajar terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama membincangkan tentang latar belakang peribadi responden. Bahagian kedua melaporkan jenis maklumat penerimaan pelajar tentang pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Matematik kelas 5 UMS Skim Baucer Tuisyen (SBT) yang menjadi tumpuan responden.

        4.1.1 Penilaian Dapatan Kajian
 Hasil daripada persoalan kajian ini dapat dilihat melalui jadual-jadual yang akan ditunjukkan     
 mengikut bahagian-bahagian tertentu.

Borang Soal Selidik
4.1.1.1 Bahagian A: Latar Belakang Responden
Jadual 4.10 hingga jadual 4.12 melaporkan maklumat tentang latar belakang responden dari segi jantina, umur, ras dan agama.
Jadual 4.10: Jantina Responden
Jantina
Bilangan ( n )

Peratus ( % )
Lelaki
9

45
Perempuan
11

65
Jumlah
20

100
Jadual 4.10 menunjukkan taburan jantina bagi pelajar kelas 5 UMS. Dapatan menjelaskan bahawa terdapat 20 orang pelajar terlibat dalam kajian ini. Daripada jumlah responden, didapati bahawa responden terdiri daripada pelajar perempun dengan catatan sebanyak 11 orang iaitu dengan peratusan tertinggi sebanyak 65%. Manakala responden daripada pelajar lelaki dengan catatan sebanyak 9 orang iaitu dengan peratus 45%. Ini menunjukkan bahawa responden perempuan merupakan jumlah tertinggi responden.

Jadual 4.11: Ras Responden
Ras
Bilangan ( n )
Peratus ( % )
Melayu
20
100
Bumiputera Sabah
-
-
Cina
-
-
India
-
-
Lain-lain
-
-
Jumlah
20
100

Jadual 4.11 menunjukkan bilangan Responden mengikut ras. Dapatan menunjukkan bahawa responden yang mempunyai ras Melayu mencatat majoriti responden pelajar 5 UMS sebanyak 20 orang pelajar dengan peratus 100%.



Jadual 4.12: Agama Responden
Agama
Bilangan ( n )
Peratus ( % )
Islam
20
100
Kristian
-
-
Hindu
-
-
Buddha
-
-
Lain-lain
-
-
Jumlah
20
100
Jadual 4.12 menunjukkan taburan Responden mengikut agama. Dapatan menunjukkan bahawa responden terdiri daripada yang beragama Islam mencatatkan jumlah sebanyak 20 orang Islam. Ini menunjukkan bahawa responden kesemuanya beragama Islam dengan catatan 100%.
Bahagian B: Maklumat Responden tentang Skim Bantuan Tuisyen (SBT)
Bahagian B menunjukkan penerimaan pelajar tentang pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Matematik kelas 5 UMS Skim Bantuan Tuisyen (SBT).
Jadual 4.13: Maklumat Responden tentang Skim Bantuan Tuisyen (SBT)
Skala
1
2
3
4
Penyataan

Bil.(n)
Peratus (%)
Bil. (n)
Peratus (%)
Bil. (n)
Peratus (%)
Bil. (n)
Peratus (%)
1
-
-
-
-
4
20
16
80
2
-
-
-
-
5
25
15
75
3
-
-
-
-
6
30
14
70
4
-
-
-
-
4
20
16
80
5
-
-
-
-
4
20
16
80
6
-
-
-
-
4
20
16
80
7
-
-
-
-
5
25
15
75
8
-
-
-
-
4
20
16
80
9
-
-
-
-
4
20
16
80
10
-
-
-
-
4
20
16
80

Jadual 4.13 menunjukkan taburan penerimaan pelajar tentang pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Matematik kelas 5 UMS Skim Bantuan Tuisyen (SBT) oleh Responden. Terdapat 10 penyataan mengenai pelaksanaan Skim Bantuan Tuisyen (SBT) dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik telah dijawab oleh responden mengikut item. Skala 1 mewakili ‘Amat tidak setuju”, skala 2 mewakili ‘Tidak setuju’, skala 3 mewakili ‘Kurang setuju’ dan skala 4 mewakili ‘Setuju’. Terdapat 20 orang responden yang terdiri daripada keseluruhan pelajar 5 UMS  telah menjawab soal selidik yang diedarkan. Dapatan kajian melalui soalan-soalan dalam soal selidik dapat dilihat melalui penerangan berikut:
Bagi penyataan pertama “Adakah guru menggunakan bahan pengajaran dan pembelajaran  (P&P) semasa mengajar di kelas 5 UMS Skim Bantuan Tuisyen (SBT)”, dapatan menunjukkan bahawa terdapat tidak ada seorang pelajar menyatakan ‘Amat tidak bersetuju’ dan ‘Tidak Setuju’, sebanyak 4 orang pelajar dengan peratus sebanyak 20% menyatakan ‘Kurang setuju’, dan sebanyak 16 orang pelajar dengan peratus sebanyak 80% menyatakan ‘setuju’. Ini menunjukkan bahawa majoriti responden menyatakan ‘setuju’ dengan peratusan yang tertinggi iaitu sebanyak 80%. Manakala, peratus yang paling rendah yang menyatakan ‘Kurang setuju’ dengan mempunyai peratusan sebanyak 20%.
          Bagi penyataan kedua “Adakah pelajar faham guru mengajar menggunakan Bahan Bantu Mengajar dan Bahan Bantu Belajar semasa mengajar”, dapatan menunjukkan bahawa tidak terdapat seorangpun responden yang menyatakan ‘Amat tidak setuju’ dan ‘Tidak setuju’. Seramai 5 orang pelajar dengan peratus sebanyak 25 % menyatakan ‘kurang bersetuju’ dan seramai 15 orang pelajar yang menyatakan ‘setuju’ dengan catatan peratus 75 %.           
Bagi penyataan ketiga “Adakah pelajar 5 UMS sangat berminat cara atau kaedah guru mengajar Matematik di kelas SBT”, dapatan menunjukkan bahawa tidak terdapat seorangpun responden yang menyatakan ‘Amat tidak setuju’ dan ‘Kurang Setuju’. Seramai 6 orang pelajar dengan peratus sebanyak 30 % menyatakan ‘kurang bersetuju’ dan seramai 14 orang pelajar yang menyatakan ‘setuju’ dengan catatan peratus 70 %.
            Bagi penyataan keempat, Adakah pelajar 5 UMS rasa seronok mengikuti kelas Matematik Skim Bantuan Tuisyen (SBT) ini” dapatan menunjukkan bahawa tidak terdapat seorangpun responden yang menyatakan ‘Amat tidak setuju’ dan ‘Tidak setuju’. Manakala,seramai 4 orang pelajar dengan peratusan sebanyak 20% menyatakan ‘ kurang setuju’. Ini menunjukkan bahawa majoriti daripada responden ‘setuju” bahawa  pelajar seronok mengikuti kelas Matematik sebanyak 80%.
Bagi penyataan kelima “Adakah kaedah pengajaran guru mengajar Matematik di kelas 5 UMS Skim Bantuan Tuisyen (SBT) dapat membantu meningkatkan pencapaian pelajar”, dapatan menunjukkan bahawa terdapat sebanyak 4 orang pelajar dengan peratus sebanyak 20% menyatakan ‘Kurang bersetuju’, dan sebanyak 16 orang pelajar dengan peratus sebanyak 80% menyatakan ‘Setuju’. Ini menunjukkan bahawa majoriti responden menyatakan ‘setuju’ dengan peratusan yang tertinggi iaitu sebanyak 80%. Manakala, peratus yang paling rendah yang menyatakan ‘Kurang setuju’ dengan catatan peratusan terendah iaitu sebanyak 20%.
Bagi penyataan keenam “Adakah guru memberi latihan kepada pelajar 5 UMS kelas Skim Bantuan Tuisyen (SBT)”, dapatan menunjukkan bahawa tidak terdapat seorangpun pelajar yang menyatakan ‘Amat tidak bersetuju’ dan ‘Tidak Setuju’, sebanyak 4 orang pelajar dengan peratus sebanyak 20% menyatakan ‘Kurang Setuju’ dan sebanyak 16 orang pelajar dengan peratus sebanyak 80% menyatakan ‘setuju’. Ini menunjukkan bahawa majoriti responden menyatakan ‘ setuju’ dengan peratusan yang tertinggi iaitu sebanyak 80%. Manakala, peratus yang paling rendah yang menyatakan ‘kurang Setuju’ dengan peratusan sebanyak 20%. Sementara, tiada seorangpun responden yang menyatakan ‘Amat tidak setuju’ dan ‘Tidak Setuju’.
Bagi penyataan ketujuh “Adakah guru memeriksa latihan kepada pelajar 5 UMS Kelas Skim Bantuan Tuisyen (SBT)”, dapatan menunjukkan bahawa tidak ada seorang guru pun menyatakan ‘Amat tidak bersetuju’ dan ‘Tidak Setuju’, sebanyak 5 orang pelajar dengan peratus sebanyak 25% menyatakan ‘Kurang Setuju’ dan sebanyak 15 orang pelajar dengan peratus sebanyak 75% menyatakan ‘Setuju’. Ini menunjukkan bahawa majoriti responden menyatakan ‘setuju’ dengan peratusan yang tertinggi iaitu sebanyak 75%. Manakala, peratus yang paling rendah yang menyatakan ‘Kurang Setuju’ dengan mempunyai peratusan sebanyak 25%.
Bagi penyataan kelapan “Adakah guru memberi arahan buat pembetulan semula, bagi jawapan yang salah kelas 5 UMS Skim Bantuan Tuisyen (SBT)”, dapatan menunjukkan bahawa tidak terdapat seorangpun responden yang menyatakan ‘Amat tidak setuju’ dan ‘Tidak setuju’. Manakala, terdapat sebanyak 4 orang pelajar dengan peratus sebanyak 20% menyatakan ‘Kurang setuju’ dan sebanyak 16 orang pelajar dengan peratusan sebanyak 80% menyatakan ‘setuju’. Ini menunjukkan bahawa majoriti daripada responden ‘setuju” guru memberi arahan buat pembetulan semula dengan mencatat peratusan tertinggi sebanyak 80%.
Bagi penyataan kesembilan “Adakah cara atau kaedah pengajaran guru mengajar Matematik di kelas Skim Bnatuan Tuisyen (SBT) ini dapat membantu mengatasi masalah kelemahan akademik di kalangan pelajar 5 UMS”, dapatan menunjukkan bahawa tidak terdapat seorangpun responden yang menyatakan ‘Amat tidak setuju’ dan ‘Tidak setuju’. Manakala seramai 4 orang pelajar yang menyatakan ‘kurang bersetuju’ dengan peratus 20% dan seramai 16 orang pelajar yang menyatakan ‘setuju ’ dengan peratus 80% .
Bagi penyataaan kesepuluh “Banyak manfaat yang diperolehi oleh pelajar hasil pengajran guru yang mengikuti Skim Bantuan Tuisyen (SBT)”, dapatan menunjukkan bahawa tidak terdapat seorangpun responden yang menyatakan ‘Amat tidak setuju’ dan ‘Tidak setuju’. Manakala, semua responden dengan peratusan sebanyak 20% menyatakan ‘kurang setuju’ dan seramai 16 orang pelajar yang menyatakan ‘setuju’ bahawa banayak manfaat mengikuti Skim Bantuan Tuisyen (SBT)  dengan peratus 80%.

4.1.2 Temu bual (pelajar) 
Soalan temu ramah untuk pelajar-pelajar 5 UMS telah disediakan yang mengandungi lima soalan. Temu ramah dilakukan secara formal terhadap semua pelajar yang terlibat di kelas 5 UMS Skim Bantuan Tuisyen (SBT). Berikut adalah hasil dan dapatan yang diperolehi daripada temu ramah yang dijalankan:
Persoalan pertama ‘Adakah anda minat cara guru mengajar Matematik kelas 5 UMS Skim Bantuan Tuisyen (SBT)’. Dapatan menunjukkan bahawa pelajar-pelajar yang ditemu ramah menyatakan mereka berminat semasa guru Matematik mengajar kerana guru lebih memahami dan menggunakan teknik belajar secara kumpulan.
          Persoalan kedua pula berkaitan ‘Adakah anda faham apa yang diajar guru semasa mengajar Matematik Skim Bantuan Tuisyen (SBT)’. Dapatan yang diperoleh daripada pelajar-pelajar menunjukkan bahawa para pelajar faham apa yang diterangkan oleh guru. Mengikut guru Matematik, biasanya para pelajar  memberi respons yang positif terhadap pengajaran guru. Namun secara keseluruhannya aalah baik.
          Persoalan ketiga adalah berkaitan ‘Adakah Bahan Bantu Mengajar dan Bahan Bantu Belajar guru gunakan semasa mengajar Matematik kelas 5 UMS Skim Bantuan Tuisyen (SBT)’. Dapatan menunjukkan bahawa banyak pelajar-pelajar menjawap ya guru menggunakan pelbagai bahan semasa proses pengajaran dan pembelajaran Skim Bantuan Tuisyen (SBT).
Persoalan keempat adalah berkaitan ‘Adakah keadah guru mengajar Matematik kelas Skim Baucer Tuisyen (SBT) ini menarik minat dan menyeronokan pelajar’. Para pelajar menunjukkan minat dan berasa seronok sepanjang sesi Skim  Baucer Tuisyen dijalankan. Wujudnya komunikasi dua hala antara pelajar dan guru, kelemahan dan kekuatan pelajar dapat dikenalipasti dan boleh dipertingkatkan.
          Persoalan kelima adalah ‘Adakah cara guru mengajar dapat membantu meningkatkan prestasi Matematik pelajar’. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar menyatakan bahawa pencapaian mereka dalam subjek Matematik semakin baik selepas mengikuti sesi Skim Bantuan Tuisyen (SBT). Ini terbukti berdasarkan markah latihan yang semakin meningkat dalam tempoh 4 minggu pemerhatian oleh guru.






4.1.3 Temu bual (guru) 
Temu bual guru juga dilakukan untuk memperolehi maklumat penerimaan pelajar tentang pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Matematik kelas 5 UMS Skim Bantuan Tuisyen (SBT). Terdapat lima soalan temu bual akan diajukan kepada lima orang guru Matematik.
          Persoalan pertama ‘Bagaimana sambutan pelajar terhadap kaedah P&P guru subjek Matematik Skim Bantuan Tuisyen (SBT)’. Guru-guru mendapati pelajar mendapat sambutan yang baik, kehadiran murid memuaskan dan memberangsangkan terutamanya murid-murid yang tinggi tidak jauh dari sekolah. Pelajar sangat berminat menghadiri kelas Skim Bantuan Tuisyen (SBT).
          Persoalan kedua ‘Adakah pendekatan ‘Mastery Learning’ (Pembelajaran Masteri) ini murid sangat berminat’. Kelima-lima orang guru menyatakan ‘ya’ pelajar sangat berminat mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknik pembelajaran Masteri.
          Persoalan ketiga ‘Adakah kaedah ini dapat membantu meningkatkan prestasi pelajar 5 UMS Skim Bantuan Tuisyen (SBT) di sekolah ini’. Guru-guru Matematik menyatakan kaedah Pembelajaran Masteri amat sesuai dengan gunakan dalam pelaksanaan Skim Bantuan Tuisyen (SBT) dalam subjek Matematik tahun 5.
          Persoalan keempat ‘Adakah Latih Tubi yang dilakasanakan dalam P&P subjek Matematik ini memberi impak yang baik dalam Skim Bantuan Tuisyen (SBT) di sekolah ini’. Guru-guru menyatakan ya, ia memberi impak yang baik dan sesuai diberikan selepas guru memberi penerangan.
          Persoalan Kelima ‘Apakah masalah-masalah yang dihadapi dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Matematik kelas 5 UMS Skim Bantuan Tuisyen (SBT). Antara masalah yang dihadapi ialah murid-murid masih kurang menguasai fakta asas matematik seperti operasi tambah, tolak, darab dan bahagi dengan baik. Selain itu murid masih lemah dalam penguasaan bahasa Inggeris yang digunakan dalam pengajaran Matematik.

4.2 Penilaian dan Refleksi Kendiri

Penilaian kajian telah dirangka berdasarkan daripada pemerhatian yang telah dilakukan dalam penyelidikan kajian ini.Pemerhatian dijalankan bertujuan melihat kelancaran pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran guru Matematik kelas 5 UMS Skim Bantuan Tuisyen (SBT). Pemerhatian dijalankan dalam tempoh 4 minggu. Keberkesanan pelaksanaan Skim Bantuan Tuisyen (SBT) berdasarkan prestasi pencapaian murid-murid kelas SBT tahun 5 UMS bagi mata pelajaran Matematik. Sebanyak 4 kali pemerhatian dijalankan dalam tempoh 4 minggu, iaitu terbahagi kepada minggu pertama, minggu kedua, minggu ketiga dan minggu keempat. Setiap item perlu ditandai mengikut skala iaitu skala 1 ‘Amat tidak setuju’, skala 2 ‘Tidak setuju’, skala 3 ‘Kurang setuju’ dan skala ‘Setuju’.
Jadual 4.14: Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran guru Matematik kelas 5 UMS Skim Bantuan Tuisyen (SBT).
Bil.
Item
Skor
Minggu 1
Minggu 2
Minggu 3
Minggu 4
1
1.1
4
4
4
4
1.2
4
3
4
4
1.3
3
4
4
4
1.4
4
3
3
4
2
2.1
3
3
4
4
3
3.1
4
3
4
4
3.2
3
3
4
4
4
4.1
4
4
4
4
4.2
3
3
4
4
4.3
4
4
4
4
4.4
4
4
4
4

Jadual 4.14 menunjukkan skala yang diberikan dalam pelaksanaan pengjaran dan pembelajaran dalam Skim Bantuan Tuisyen (SBT). Guru mengajar tajuk Pecahan Wajar dan Tidak Wajar. Pada minggu pertama, proses pengajaran dan pembelajaran menunjukkan peningkatan yang ketara dan mencapai aktiviti yang berkesan. Minggu kedua guru memperkebalkan bentuk-bentuk pecahan kepada pelajar mudah difahami. Bahan yang digunakan sesuai dan jelas. Guru merancang aktiviti mengikuti potensi pelajar. Guru membimbing pelajar yang sukar menyebut perkataan dalam Bahasa Inggeris. Pengajaran dan pembelajaran menyeronokan dan pelajar tidak bosan. Pada minggu ketiga, proses pengajaran dan pembelajaran mencapai objektif, murid aktif dan murid mneguasai atau dapat menjawab dengan betul (lulus) dalam latihan sebanyak 80%. Sebaliknya pada minggu keempat semua pelajar dapat menjawab dengan betul dan menumpukan perhatian dengan baik.
Jadual 4.15: Pencapaian murid dalam tempoh 4 minggu.
Minggu
Pelajar Lulus
Peratus Lulus
Pelajar Gagal
Peratus Gagal
Minggu 1
10
50%
10
50%
Minggu 2
13
65%
7
35%
Minggu 3
16
80%
4
20%
Minggu 4
20
100%
0
-

Jadual 4.15 menunjukkan pencapaian murid-murid kelas Skim Bantuan Tuisyen (SBT) tahun 5 UMS mata pelajaran Matematik dalam tempoh 4 minggu. Pada minggu pertama seramai 10 orang pelajar lulus dengan mencatat peratus 50%, manakala pelajar yang juga mempunyai bilangan dan peratus yang sama dengan pelajar lulus. Pada minggu kedua, bilngan pelajar yang lulus telah meningkat daripada 10 orang pelajar kepada 13 orang pelajar dengan mencatat peratus 65%, sebaliknya 7 orang pelajar yang gagal iaitu sebanyak 35%. Peningkatan pelajar yang lulus semakin meningkat pada minggu ketiga iaitu sebanyal 16 orang pelajar lulus dan 4 orang pelajar yang gagal, iaitu peratus lulus sebanyak 80% dan peratus gagal 20%. Namun, pada minggu keempat pencapaian pelajar amat memberansangkan iaitu peratus pelajar lulus ialah 100%.
Berdasarkan kajian pengajaran Skim Bantuan Tuisyen (SBT) bagi mata pelajaran Matematik dapat memperbaiki prestasi murid tahun 5 UMS di Sekolah Kebangsaan Balung, Tawau terdapat refleksi kendiri yang perlu diperbaiki. Hasil daripada kajian menunjukkan pencapaian pelajara meningkat daripada pemerhatian minggu pertama hinggalah minggu keempat. Peningkatan prestasi pelajar amat membanggakan. Namun begitu, disebabkan kekangan masa yang terhad pemerhatian kajian bukan berdasarkan prestasi pelajar dalam ujian pencapaian tetapi latihan yang diberikan semasa mengikuti kelas Skim Bantruan Tuisyen (SBT).
            Selain itu topik yang diajar dalam kelas Skim Bantuan Tusiyen (SBT) dalam tempoh empat minggu hanya Pecahan Wajar dan Tidak Wajar. Pemerhatian pencapaian pelajar dan pengurusan pengajaran oleh guru terbatas hanya pada topik tersebut. Keupayaan dan kemampuan pelajar menguasai topik Matematik tahun 5 yang lain tidak dapat diketahui. Malahan kebolehan guru dalam merancang dan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran bagi topik yang lain juga tidak dapat diperhatikan keberkesanannya.
          Masa yang terhad dalam kelas Skim Bantuan Tuisyen (SBT) iaitu hanya dalam tempoh satu jam. Kebatasan waktu menyebabkan sesi pengajaran dan pembelajaran pelajar perlu dirancang dengan baik terutamanya dari segi pengurusan masa yang cekap agar tiada refleksi yang perlu dilakukan. Selain itu, guru harus lebih peka pada persekitaran yang lebih kondusif serta bahan bantu pengajaran yang lengkap dan mencukupi agar kelas Skim Bantuan Tuisyen (SBT) ini walaupun terbatas dari segi waktu tetapi mampu mencapaian objektif pelaksanaan.



4.3 Rumusan
Kajian pengurusan pengajaran dan pembelajaran subjek Matematik kelas Bantuan Tuisyen dapat memperbaiki presatsi akademik pelajar tahun 5 UMS di Sekolah Kebangsaan Balung, Tawau dapat dirumuskan dengan jayanya. Berdasarkan kaedah kajian yang telah dipilih, dirancang dan dilaksanakan iaitu kaedah soal selidik dan temu bual bagi pelajar tahun 5 UMS seramai 20 orang yang mengikuti kelas Skim Bnatuan Tuisyen (SBT) bagi mata pelajaran Matematik dan seramai 5 orang guru Matematik sekolah tersebut.
          Secara kolektifnya kajian ini menunjukkan prestasi akademik pelajar bagi mata pelajaran Matematik telah meningkat, dimana pada minggu pertama pencapaian hanya 50%, pada minggu kedua 65%, minggu ketiga 80% dan meningkat kepada 100% pada minggu keempat. Setiap minggu pelajar menunjukkan peningkatan yang baik dalam mata pelajaran Matematik tahun lima. Ini menunjukkan Skim Bantuan Tuisyen (SBT)  ini dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam tempoh empat minggu sahaja. Dapatan kajian juga menunjukkan guru dapat merancang dan melaksanakan pengurusan pengajaran dan permbelajaran subjek Matematik kelas Skim Bantuan Tuisyen (SBT) dengan baik. Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan sepanjang tempoh empat minggu purata skor atau skala yang diberikan kepada guru yang mengajar adalah skor 3 dan 4. Perancangan guru sebelum proses pengajaran amat baik dan sesuai dengan keperluan dan kemampuan pelajar.
          Dapatan daripada kaedah kajian soal selidik berkaitan tentang penerimaan pelajar tentang pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Matematik kelas 5 UMS Skim Bantuan Tuisyen (SBT) menunjukkan purata keseluruhan daripada 20 pelajar memberikan skor atau skala 4 iaitu ‘setuju’ dengan sepuluh item yang diberikan. Berdasarkan item lima iaitu ‘Adakah kaedah pengjaran guru mengajar Matematik di kelas 5 UMS Skim Bantuan Tuisyen (SBT) dapat membantu meningkatkan pencapaian pelajar’ secara keseluruhannya semua pelajar 5 UMS memberikan skala 4 iaitu ‘setuju’ dengan item tersebut. Bagi item kesembilan pula ‘Adakah cara dan kaedah pengajaran guru mengajar Matematik di kelas Skim Bantuan Tuisyen (SBT) ini dapat membantu mengatasi masalah kelemahan akademik di kalangan pelajat 5 UMS’ bagi item ini juga seramai 16 orang pelajar memberikan skala 4 iaitu ‘setuju’ dan seramai 4 orang pelajar sahaja yang memberikan skala 3 iaitu ‘kurang setuju’. Berdasarkan kesemua item yang diberikan pelajar menerima baik pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Matematik kelas 5 UMS Skim Bantuan Tuisyen (SBT) yang dilaksanakan.
 Kaedah temu bual pelajar juga dijalankan bagi melihat respon pelajar tentang Skim Bnatuan Tusyen (SBT) ini. Keseluruhan pelajar berminat cara guru mengajar Matematik kelas 5 ums Skim Bnatuan Tuisyen (SBT) kerana guru mengunakan kaedah mengajar secara berkumpulan dan memahami  keperluan dan kemampuan pengetahuan pelajar.  Temubual pelajar juga mendapati pelajar faham semasa guru mengajar kerana penumpuan guru yang lebih berbanding diwaktu kelas biasa yang mempunyai jumlah pelajar yang lebih ramai. Pelajar juga merasa seronok kerana guru menggunakan bahan bantu mengjaar dan bahan bantu belajar yang memberangsangkan minat dan penumpuan pelajar.
Kaedah temubual guru turut dijalankan dalam kajian ini. Guru memberi tahu sambutan adalah baik daripada pelajar berdasarkan kehadiran pelajar yang memuaskan, terutamanya murid-murid yang tinggal tidak jauh dari sekolah. Pelajar juga dikatakan menunjukkan minat dalam kelas Skim Bantuan Tuisyen (SBT). Guru juga menyatakan latihan yang diberikan dalam kelas SBT memberi impak yang sangat baik dalam menguji minda, penguasaan dan kemahiran pelajar terhadap topik yang telah diajar dalam kelas SBT.
Terdapat masalah-masah yang dihadapi dalam melasanakan pengajaran dan pembelajaran Matematik kelas 5 UMS Skim Bantuan Tuisyen (SBT) antaranya penguasaan Bahasa Inggeris yang masih rendah, kurang menguasai fakta asas darab dan bahagi dan lambat memahami konsep Matematik. Namun secara keseluruhannya kajian ini telah mencapai objektifnya, prestasi akademik yang meningkat dapat ditunjukkan oleh semua pelajar selepas mengikuti kelas Skim Bantuan Tuisyen (SBT) dalam tempoh pemerhatian 4 minggu. Prestasi akademik Matematik yang meningkat, penerimaan yang baik daripada pelajar dan guru-guru memberikan komitmen bersungguh menjayakan pelaksanaan Skim Bantuan Tuisyen (SBT) bagi mata pelajaran Matematik.
4.4 Cadangan
Berdasarkan dapatan kajian dan bagi meningkatkan lagi prestasi pelajar terhadap pendidikan Matematik program Skim Bantuan Tuisyen (SBT), pengkaji ingin mengemukakan beberapa cadangan berserta justifikasinya. Cadangan ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada para pelajar, ibu bapa, guru, pihak bahagian pendidikan guru, Kementerian Pendidikan Malaysia dan semua pihak yang terlibat meningkatkan kualiti pendidikan terutamanya dalam konteks pendidikan Matematik. Cadangan-cadangan itu adalah seperti berikut:
1.      Menggalakkan kajian tentang keberkesanan Skim Bantuan Tuisyen (SBT) bagi mata pelajaran yang lain seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia dan Sains. Bertujuan melihat adakah pelajar menunjukkan presatsi yang meningkat seperti kajian mata pelajaran Matematik Skim Bantuan Tuisyen (SBT) Tahun 5. Pengkajin jua menggalakkan kajian ditumpukan kepada pelajar tahun 4 dan 6 pula untuk melihat sama tahap pencapaian mereka lebih rendah, sederhana atau lebih tinggi berbanding pelajar tahun lima.
2.      Mencadangkan agar wujudnya kemudahan yang lebih baik dari segi bahan bantu mengajar dan bahan bantu belajar yang bersifat teknologi. Langkah ini akan lebih mengerakkan pelajar bersifat terbuka dalam meneroka ilmu Matematik atau mata peljaaran yang baik. Kemudahan perlu ditambahbaik dengan melihat tuntutan dan keperluan pelajar mengikut perkembangan masa kini. Penggunaan teknologi seperti komputer, LCD, Televisyen dan perisian-perisian bersifat multi pendidikan perlu diterapkan dalam kelas Skim Bantuan Tuisyen (SBT).
3.      Guru-guru Skim Bantuan Tuisyen (SBT) perlu diberi pengetahuan yang lebih luas dalam mengendalikan kelas SBT dengan baik. Seminar, bengkel dan kursus perlu diberikan oleh guru-guru SBT. Bertujuan memberikan pendedahan, ilmu, kemahiran dan motivasi dalam melaksanakan tanggungjawab yang diberikan. Guru-guru SBT juga perlu jelas objektif dan matlamat sebenar pelaksanaan Skim Bantuan Tuisyen (SBT) di laksanakan.
4.      Mencadangkan agar Skim Bnatuan Tuisyen (SBT) ini dibuka kepada pelajar tahap 1 iaitu murid-murid tahun 1, 2 dan 3. Penumpuan harus diberikan kepada kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Kebanyakkan pelajar luar bandar mempunyai masalah penguasaan kemahiran 3M dengan baik. Lantaran itu penekanan dari awal perlu dijana dan dimampankan agar pelajar-pelajar ini tidak tercicir dalam arus ilmu pengrtahuan masa kini.
5.      Pihak sekolah perlu peka pada tanggungjawab mereka kepada ibubapa pelajar, lantaran itu ibubapa pelajar perlu didedahkan maklumat tentang kelebihan Skim Bantuan Tuisyen (SBT). Bukan hanya sekadar memilih anak mereka mengikuti Skim Bantuan Tuisyen tanpa mereka sedar apakah manfaat dan kelebihan Skim SBT kepada mereka dan anak mereka. Kebanyakan ibubapa masih tidak mengetahui apakah sebenarnya Skim Bantuan Tuisyen (SBT).

RUJUKAN

Akhbar

Berita Wilayah. 1 Februari 2008. Kerajaan Peruntuk RM3 Bilion Untuk Skim
bantuanTambahan Pelajar dan Sekolah.

Mutatahir. 2 Februari 2008. Hishammuddin: RM3 bilion untuk pelajar dan sekolah

Artikel

Kemiskinan bukan halangan mendapat pendidikan

Aznan Bakar. 500,000 pelajar dibantu -- RM200j baucer tuisyen disediakan untuk    mereka tahun depan

 

Buku

Abdul Rahman Md. Aroff dan Zakaria Kasa. 1986. Falsafah dan Konsep Pendidikan.
Serdang : Universiti Pertanian Malaysia.

Abdul Rahim M. Ali.2001. Ilmu Pendidikan Untuk KPLI. Kuala Lumpur : Utusan
Publications & Distributors Sdn Bhd.

Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Rahim Hamdan. 2007. Menguasai
Penyelidikan.2007. Kuala Lumnpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Deobold P.Van Dalen (Abdul Fatah Abdul Malik dan Mohd Majd Konting). 1999.  
          Memahami Penyelidikan Pendidikan. Selangor: Arems (M) Sdn.Bhd.

Khalid Johari. 2003. Penyelidikan Dalam Pendidikan Konsep dan Prosedur. Pearson Prentice Hall.

Mohd. Majid Konting. 2004. Kaedah Penyelididkan Pendidikan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohamad Najid Abdul Ghafar. 1999. Penyelidikan Pendidikan. Skudai : Universiti Teknologi Malaysia.

Ngui Kuan Sang. 1993. Pendidikan di Malaysia: Arah dan Cabaran. Kuala Lumpur : Fakulti Pendidikan Universiti Malaya. 

Rohana Yusof. 2003. Penyelidikan Sains Sosial. Bentong: PTS Publications Distributor Sdn. Bhd. 

Kamus

Kamus Dewan. (edisi Ketiga). 1996. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Laman Web/emel

Agenda Daily.Com. Insight New. Keluarga miskin Tegar di Malaysia.15 Fbrauari 2008.
Body htm. UCAPAN KETUA MENTERI SABAH, Y.A.B. DATUK MUSA HAJI AMAN DI MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KERAJAAN (RMT, SBT DAN KWAPM) PEJABAT PELAJARAN GABUNGAN SANDAKAN DI GRAND BALLROOM, SABAH HOTEL SANDAKAN, PADA 2 APRIL 2006

Jabatan Penerangan Malaysia.htm. RM3b Bantu Murid Miskin
Bernama.Com. RM3 Bilion Diagihkan leawa bulan ini kepada pelajar miskin











0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Top WordPress Themes