JURNAL 7




Sejauh manakah peristiwa 13 Mei 1969 terbukti bahawa sentimen politik perkauman dan politik perkauman merupakan halangan utama untuk mencapai Perpaduan Kebangsaan dan pembentukan bangsa Malaysia?
                                                                                                                                               


Disediakan oleh:


Haji Akhmad Bin Haji Monggoh
Guru Besar, SK. Kinabutan Besar, Tawau




Pengenalan


Tragedi 13 Mei 1969 merupakan kemuncak pertelingkahan kaum dalam sejarah pahit Malaysia. Peristiwa tersebut telah banyak mengorbankan nyawa dan kerosakan harta benda.   Peristiwa yang menjadi catatan pahit dalam sejarah Malaysia itu berlaku sebaik sahaja pengumuman pilihanraya 1969 diumumkan. Parti Perikatan yang memerintah sebelum itu mendapat majoriti yang kurang tetapi cukup untuk menubuhkan kerajaan.   Keputusan pilihanraya 1969 tersebut bilangan kerusi parti pembangkang semakin bertambah, terutama di peringkat Dewan Undangan Negeri.  Keadaan ini menjadi asas timbulnya perasaan rasa kurang senang, selain daripada itu dikeruhkan lagi dengan adanya perayaan menyambut kemenangan parti dengan perasaan emosi yang tinggi.  Situasi tersebut menjadikan tercetusnya tragedi perkauman yang bermula di Kuala Lumpur.

Menurut pendapat Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haz, Perdana Menteri Malaysia ketika itu,  telah meletakkan kesalahan kepada anasir-anasir komunis dan kongsi gelap sehingga mengakibatkan tercetusnya peristiwa tersebut. Pendapat Tunku Abdul Rahman bertentangan dengan Tun Dr. Ismail, Menteri Hal-Ehwal Dalam Negeri ketika itu. Menurut Tun, semua orang menyangka bahawa komunis telah bertanggungjawab ke atas berlakunya huru-hara dan kemudian semua orang terkejut dengan kekacauan tersebut.

Punca-punca Tercetus 13 Mei 1969
Menurut Laporan Pusat Pengajian Pembangunan Manusia,   Jabatan Perdana Menteri, antara sebab utama yang mendorong berlakunya peristiwa ini ialah:-
1.            Wujud kerenganggan yang luas antara orang Melayu dan orang Cina yang membentuk segolongan besar penduduk di negara ini.  Kerenganggan ini termasuklah dari sudut kebudayaan, generasi dan ekonomi.
2.            Sikap kerajaan terlalu liberal dalam pelaksanaan dasarnya yang menyebabkan sebahagian besar golongan rakyat tidak puas hati sama ada dari segi politik, sosial dan ekonomi.
3.            Tempoh kempen pilihan raya yang berjalan terlalu panjang (enam minggu) di samping wujudnya penggunaan isu-isu yang tanpa menghiraukan perasaan antara kaum di negara ini. Isu-isu perkauman yang menyentuh emosi dan sentimen menjadi tema utama sepanjang kempen pilihanraya yang telah menaikkan semangat kaum-kaum di  Malaysia.  Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik terutamanya daripada parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu (Bumiputra) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu.  Hal ini telah menimbulkan perasaan perkauman dan syak wasangka di kalangan pengamal politik yang sempit.
4.            Parti Perikatan (UMNO-MCA -MIC) telah mengalami kekalahan yang teruk dalam
Pilihan Raya 1969. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969. Parti Perikatan telah hilang majoriti dua-pertiga dalam Dewan Rakyat.
5.            Parti Gerakan, DAP dan PPP menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat
manakala  PAS menang 12 kerusi.  Sebab terjadinya Peristiwa 13 Mei 1969 adalah perarakan kemenangan pihak pembangkang. Penyokong-penyokong Parti Gerakan dan DAP telah mengutuk dan menghina orang-orang Melayu semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar  Kuala Lumpur.
6.     Pertikaian antara kaum Melayu dengan kaum Cina dalam isu bahasa  dan pendidikan. Pemimpin kerajaan yang alpa tentang kesan-kesan buruk selepas pilihanraya dan keinginan untuk menang.
8.            Kedudukan ekonomi Melayu yang diperuntukkan dalam perlembagaan tidak dihiraukan.
9.            Parti pembangkang yang mempersoalkan keistimewaan dan kedudukan orang Melayu. Konsep “tawar menawar” yang dicanangkan oleh pemimpin tidak mendapat reaksi positif di kalangan kaum-kaum lain
10.        Kebimbangan orang Melayu terhadap kaum lain yang boleh mengatasi mereka dari segi pendidikan dan ekonomi. Kelemahan sistem perlembagaan yang tidak utuh terhadap hak-hak keistimewaan kaum-kaum di Malaysia 

11.        Pembangkang meraikan kemenangan menyebabkan peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969.  Dr. Tan Chee Koon dari parti  Gerakan telah menang besar di kawasan  Batu,  Selangor Beliau minta kebenaran  polis untuk berarak meraikan kemenangan parti tersebut di  Selangor yang menyaksikan 50 : 50 di Selangor. Perarakan tersebut menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar  Kuala Lumpur.

12.        Perarakan hingga ke  Jalan Campbell dan Jalan Hale dan menuju ke  Kampung Baharu.  Sedangkan di  Kampung Baru, diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang menjadi kubu UMNO, berasa terancam dengan kemenangan pihak pembangkang.  Di sini letaknya rumah  Menteri Besar Selangor ketika itu,  Dato’ Harun Idris dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan.  Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu  tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu ('menyingkir') orang-orang  Melayu ke  laut Dalam masyarakat Melayu penyapu mempunyai konotasi yang negatif sial. Ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan.
13.         Perarakan kematian Cina di  Jinjang,  Kepong,  kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak sepanjang jalan dengan kebenaran  polis. Namun perarakan kematian bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihanraya dengan menghina Melayu. Pada hari Selasa 13 Mei,  Yeoh Tech Chye selaku Presiden  Gerakan memohon maaf di atas ketelanjuran ahli-ahlinya melakukan kebiadapan semasa perarakan . Yeoh Tech Chye menang besar di kawasan  Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Tapi permohonan maaf sudah terlambat.
14.        Regimen Renjer Pasukan FRU di keluarkan dari Kampung Baru dan askar dari  Regimen Renjer ambil alih.  Malangnya pasukan ini terdiri dari  Melayu, Iban, Cina, India dan lain-lain turut menembak orang-orang  Melayu dan menyebabkan orang Melayu semakin meradang . Ketua Regimen Renjer dikatakan seorang Cina . Pemuda-pemuda Melayu yang mempertahankan Kampung Baru dan yang lain-lain mengamuk merasakan diri mereka terkepung antara orang Cina dengan askar Regimen Renjer. Beberapa das turut ditujukan ke arah rumah Menteri Besar Selangor.
15.        Perubahan daripada Rejimen Renjer dikeluarkan dan digantikan dengan Askar Melayu, beberapa bangunan rumah kedai di sekitar  Kampung Baru, Jalan  Tuanku Abdul Rahman masih terus terbakar. Pentadbiran diambil-alih oleh Askar Melayu.
16.        Malangnya beberapa askar Melayu turut masuk ke kedai-kedai emas Cina dan mengambil harta benda di sana. Ada yang berkata askar tersebut berpakaian  preman. Ramai orang Cina dibunuh dan dicampakkan ke dalam lombong bijih timah. Konon ada rakaman televisyen, beberapa pemuda Cina ditangkap , dibariskan di tepi lombong dan dibunuh. Bagaimanapun, sehingga sekarang, tiada bukti yang diedarkan mengenai rakaman ini.
17.        Peristiwa di Panggung Odeon, pemuda-pemuda Cina dari Kongsi Gelap telah bertindak mengepung  Panggung Odeon di  Jalan Tuanku Abdul Rahman,  Kuala Lumpur. Beberapa iklan disiarkan di skrin pawagam menyuruh penonton dari kalangan Cina keluar dari panggung. Iklan tersebut dalam bahasa Cina. Penonton Melayu di panggung tersebut ramai yang mati. Ini termasuklah dua askar Melayu yang tinggal di  Sungai Ramal, Kajang.  Seorang polis bernama Rahim yang tinggal di  Kuala Lumpur yang turut menonton wayang di Odeon terkena tetakan di kepala dan berpura-pura mati. Beliau masih hidup hingga sekarang. Akibat daripada tindakan sebegini, orang-orang Melayu mulai bertindak balas, dan dikatakan kepala orang Cina yang dibunuh diletakkan di atas pagar . Abdul Rafai Alias bersama rakan-rakannya dari Semenyih yang datang ke Kuala Lumpur turut terperangkap dan terkejut dengan rusuhan kaum yang tidak disangka-sangka pada 13 Mei itu. Beliau turut melangkah-langkah mayat mereka yang telah terbunuh di atas jalan.
18.        Khabar angin mengatakan tentera Sabil dari Sungai Manik hendak datang ke  Kampung Baru tetapi tersekat.  Begitu juga dengan  tentera selempang Merah dari Muar dan  Batu Pahat tersekat dan disekat oleh polis di  Balai Polis Kajang dan  Cheras.  Ada 4 kali di sekitar Kampung Baharu mengedarkan air jampi dan tangkal penebat iaitu ilmu kebal dengan harga yang agak mahal.  Sebenarnya mereka mengambil kesempatan daripada keadaan cemas tersebut.  Sesiapa yang memakainya menjadi kebal dan boleh terbang-terbang. Apa yang pasti  Askar Melayu sahaja yang telah menyelamatkan orang  Melayu di  Kampung Baru ketika itu. Namun rusuhan kaum tidak terjadi  Kelantan, Trengganu dan  Pahang.  Di   Kedah, Perak, Pulau Pinang serta  Perlis tidak ada sebarang pergaduhan.  Negeri  Johor dan  negeri Sembilan juga tidak terjadi apa-apa. Cuma ada sedikit di  Melaka.  Di  Betong ada tembakan oleh  PKM.
19.        Pada 12 Mei 1969 satu perarakan oleh Parti GERAKAN di ketuai oleh Dr. Tan Chee Khoon bersama ahli Parlimen lain yang menang pilihanraya di Kuala Lumpur dan parti DAP ikut serta tetapi tanpa permit polis.  Mereka berarak dengan memekek, angkuh dan berkata-kata penghinaan kepada orang Melayu. Di antara pekekan angkuh mereka ialah mati Melayu, Sakai Melayu balik kampunglah,  Melayu sudah kalah,  buang semua polis Melayu,  apa polis Melayu boleh buat?, kita raja, ini negeri Cina punya. Melayu balik kampunglah.  Laungan itu menimbulkan kemarahan kepada orang Melayu. Pada petang 13  Mei orang Melayu dipimpin oleh Datuk Harun Idris Menteri Besar Selangor ketika itu bangkit membalas keangkuhan kaum Cina itu bermula di Kampung Baru Kuala Lumpur.  Dalam perarakan itu berlaku pergaduhan dan berita ini tersebar di seluruh Kuala Lumpur. 

Dato Harun Idris selaku Menteri Besar Selangor ketika itu cuba mententeramkan keadaan.  Rupa-rupanya mereka yang berkumpul telah membawa senjata pedang dan parang panjang dan hanya menunggu isyarat  lampu hijau dari Dato' Harun Idris untuk mengamuk.  Ketika berkumpul, cerita-cerita tentang kebiadapan ahli parti  Gerakan dan DAP tersebar dan meluap-luap.  Jam 3.00 petang datang berita kejadian pembunuhan orang  Melayu di Setapak, hanya 2 km dari rumah  Menteri Besar Selangor. Pukul 4.00 petang dua pemandu motosikal Cina yang melalui jalan Kampung Baru telah dipancung. Sebuah van membawa rokok dibakar dan pemandunya dibunuh.  Pemuda-pemuda Cina yang dikatakan dari  PKM dan kongsi-gelap telah bertindak balas. Mereka membunuh orang-orang Melayu di sekitar Kuala Lumpur. Rupa-rupanya orang Cina dan pemuda Cina ini lengkap dengan pelbagai senjata besi, tombak dan lembing berparang di hujung seperti dalam filem lama Cina.

Ekoran daripada keganasan tersebut rusuhan besar terjadi, perintah darurat dikeluarkan, semua orang tidak boleh keluar dari rumah.  Pasukan polis berkawal di sekitar Kuala Lumpur. Tentera dari  Rejimen Renjer lebih awal dikerahkan menjaga keselamatan sekitar  Kuala Lumpur. Bertitik tolak kepada perarakan tersebut,  berlakulah huru-hara di seluruh bandar Kuala Lumpur,  dalam peristiwa itu banyak bangunan dibakar dan kemusnahan harta benda awam.  Rusuhan

tersebut tidak bertahan lama kerana dapat disekat daripada merebak ke luar bandar Kuala Lumpur melalui tindakan pasukan keselamatan dan pengisytiharan Darurat.  

Faktor-Faktor Luaran Menyebabkan tercetusnya tragedi 13 Mei 1969

Kekuatan Parti Komunis Malaya (PKM) di Semenanjung Tanah Melayu ada kaitan dengan pengaruh luar yang memberi peransang dan keyakinan untuk bertapak di Tanah Melayu:-

1.                  Dorongan parti komunis dari negara Cina menyebabkan PKM di Tanah Melayu semakin angkuh dan bertambah kuat.
2.                  Semangat PKM bertambah akibat ada tanda-tanda Amerika di Vietnam tewas.
3.                  Pengaruh komunis mula bertapak di Indonesia.
4.                  Parti Komunis Malaya (PKM) merasa bahawa orang-orang Melayu adalah di bawah kuasa mereka semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu.
5.                  Kaum Cina memiliki banyak senjata dan bilangan orang Melayu di Kuala Lumpur kurang berbanding kaum Cina.
6.                  Orang Melayu tidak bersatu, berdasarkan perkiraan ini orang Cina lebih yakin bahawa kuasa di Tanah Melayu di dalam genggaman mereka.   

Kesan Peristiwa 13 Mei 1969
Kesan daripada peristiwa hitam itu, kerajaan telah melancarkan beberapa program untuk memperbaiki masalah hubungan kaum yang wujud. Antaranya termasuklah memperkenalkan Rukun Negara sebagai ideologi nasional, Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar Pelajaran Kebangsaan dan membentuk Jabatan Perpaduan Negara. 

Di zaman era pemerintahan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haz berjaya menyatupadukan persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Sabah sebagai Persekutuan Malaysia, dan Tunku digelar sebagai  “Bapa Malaysia”. Di saat kejayaannya itu, menjelang tahun 1969 berlaku ketegangan antara kaum di Malaysia sehingga ke kemuncaknya dan akhirnya sejarah pahit 13 Mei 1969 tercetus.  Akibatnya Parlimen telah digantung dan Majlis Gerakan Negara atau MAGERAN tertubuh yang diketuai oleh Tun Abdul Razak.  

Peristiwa 13 Mei 1969 memberi kesan luka yang sukar diubati di kalangan kaum Melayu dan Cina kerana kekejaman dan kezaliman PKM dan Kongsi-Gelap yang pada ketika itu banyak banugnan dibakar dan nyawa terkorban (orang Melayu dibunuh).  Walaupun kerajaan menggubal dasar-dasar untuk perpaduan kaum di Malaysia, namun sejarah hitam itu tetap menjadi ingatan kepada bangsa Malaysia hari ini.  Kegagalan pihak Kerajaan menyatupadukan kaum Melayu, Cina dan India memaksa pihak penggubal dasar meletakkan soal perpaduan kaum menjadi agenda utama kerajaan.  Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar Kebudayaan kebangsaan, dasar Pendidikan Kebangsaan dan

penggubalan Rukun Negara sebagai falsafah ideologi bangsa masa kini dan sebagai penggerak perpaduan bangsa Malaysia.

Penyata Razak 1956 dengan tegas mengekalkan bahasa Melayu sebagai bahasa dalam pepriksaan SRP dan SPM,  nyata mampu membawa perubahan ke arah Perpaduan Kaum di Malaysia.  Perpaduan kaum merpuakan elemen penting dalam pembentukan bangsa Malaysia.  Pengalaman Malaysia 30 tahun yang lepas melalui pengenalan dasar-dasarnya seperti Dasar Pembangunan Negara dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan sebagainya memaksa pihak kerajaan melibatkan sukan dan perumahan sebagai agenda utama ke arah penyatuan bangsa Malaysia.   

Gerakan dan DAP mengadakan perarkan “kemenangan” memberi kesan yang buruk terhadap perasaan kaum lain (Melayu), menyebabkan parti UMNO bertindak untuk mengadakan perarakan kemenangannya, jika UMNO tidak berbuat demikian moral anggota UMNO akan jatuh.

Sentimen Politik Perkauman Menghalang Pembentukan Nasion Malaysia

Politik perkauman selepas pengumuman keputusan pilihanraya 1969 merupakan titik permulaan ketidakstabilan politik di Malaysia.  Keadaan ini berlaku kerana wujudnya parti-parti politik seperti UMNO, MCA, MIC (Perikatan), PAS, GERAKAN dan DAP masing-masing menimbulkan tidak puas hati  terhadap dasar-dasar kerajaan.  Selain daripada

itu dapat dilihat kesan-kesan jangka panjang Dasar Pecah dan Perintah British, mewujudkan sistem ekonomi Dualisme dan Kemajmukan etnik. Sistem ini hanya menguntungkan golongan tertentu sahaja. Masyarakat Melayu yang mendiami kampung nelayan dan sebagai petani di kampung kurang mendapat perhatian, manakala kaum Cina menguasai sektor perniagaan dan perkilangan di bandar-bandar dan kaum India pula tinggal di ladang-ladang getah sebagai buruh.  Jurang perbezaan ini jauh sekali untuk mewujudkan satu bangsa Malaysia bersatu kerana dasar-dasar kerajaan yang tidak relevan itu. 

Kemiskinan di luar bandar sangat ketara dalam tahun 1960-an, pembangunan ekonomi selepas merdeka tidak banyak membawa perubahan dan kesan yang ketara ialah hanya memberi manfaat  kepada golongan kontrator dan orang tengah yang kebanyakan terdiri daripada kaum bukan Melayu.  Keadaan menjadi lebih sukar kerana kegagalan pembangunan ekonomi di Malaysia yang tidak seimbang.  Golongan bukan Melayu menganggap bahawa parti Perikatan berat sebelah berhubung dengan pemberian lesen, kontrak dan biasiswa. 

Orang Cina dan India melihat keputusan itu menyebelahi kaum Melayu sahaja.  Manakala pada anggapan orang Melayu kerajaan lebih memihak kepada orang Cina kerana segala kontrak untuk pembangunan luar bandar lebih menguntungkan kaum Cina kerana mereka mempunyai modal dan gedung-gedung perniagaan serta ladang getah yang besar.  Pola petempatan penduduk di kalangan rakyat Malaysia adalah tidak seimbang, masih terdapat di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya orang Melayu tinggal di

kawasan setinggan.  Dalam sistem pendidikan, orang Melayu pada ketika itu sangat ketara dan jurang perbezaan di antara kaum Cina  adalah tinggi. Contohnya pada pertengahan 1960-an bilangan penuntut Melayu di Universiti Malaya terlalu kecil.  Orang Melayu hanya dapat mengisi Fakulti Sastera dan kurang daripada enam orang dalam Fakulti Kejuruteraan. 

Pelajar bumiputera di Universiti Malaya hanya 30% dan belajar di luar negara hanya 10%.  Lepasan lulusan dari sekolah menengah juga terlalu kurang dan kualiti masih rendah, menjadi punca mereka kurang berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti.  Soal pemberian biasiswa kerajaan tidak seimbang, contohnya antara tahun 1956 – 1966 di Semenanjung Malaysia orang Melayu hanya 49% dan bukan Melayu 51%.    Berikut merupakan data golongan ikhtisas yang berlaku pada tahun 1970, yang memberi gambaran yang sangat ketara dari segi ketidakseimbangan di antara kaum bumiputera dan bukan bumiputera:-

Bidang Ikhtisas                  Bumiputera              Bukan Bumiputera
Akauntan                          6.8%                               93.2%
Arkitek                              4.3%                               95.7%
Jurutera                            7.6%                               92.4%
Doktor                             3.7%                               96.3%                   

Berikut ini adalah maklumat berhubung dengan hak milik saham modal syarikat berhad di Semenanjung Malaysia yang berlaku pada tahun 1969.  Keadaan ini juga dilihat dari

sudut grafiknya memberi gambaran yang tidak adil terhadap golongan Melayu sebaliknya hanya memihak kepada bukan Melayu dan golongan asing:-
                    Melayu                             :         1.5%
                    Bukan Melayu          :         25.7%
                    Asing                      :         62.1%

Aspek kebudayaan pula kaum Cina tidak berpuas hati, mereka menganggap soal kebudayaan Cina, bahasa Cina dan pendidikan Cina tidak diberi perhatian. Tindakan dan langkah kerajaan menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, Kebudayaan Kebangsaan dianggap menghalang dan menggugat kebudayaan, bahasa dan sekolah Cina.  Golongan India pula merasakan dasar yang wujud pada ketika itu tidak relevan dengan keperluan kaum India,  kerana berlaku keciciran pekerjaan estet dan pendidikan sekolah Tamil.   Kaum-kaum terbesar seperti Melayu, Cina dan India tidak berpuas hati terhadap dasar-dasar kerajaan pada masa itu, menyebabkan sentimen dan politik perkauman di Malaysia semakin serius dan sukar diatasi.

Rusuhan kaum berlaku selepas pengumuman keputusan pilihanraya pada tahun 1969, kerana semasa berkempen di kalangan parti-parti politik yang bertanding isu-isu sensitif perkauman dilaungkan sebagai modal berkempen.  Pemerhati politik pada masa itu berpendapat peristiwa 13 Mei berlaku kerana akibat kesombongan parti-parti politik yang berjaya mengalahkan Parti Perikatan memperlihatkan keangkuhan yang ditunjukkan sangat melampaui batas.

Suasana politik selepas 13 Mei masih tidak stabil, beberapa peristiwa berlaku kerana pengaruh peristiwa akan datang.  Peristiwa ini berlaku sebelum menimbulkan rancangan jangka panjang MAGERAN.  Sesetengah orang Melayu yang radikal telah digerakkan untuk bertindak bagi menyuarakan pro-Melayu.  Kegiatan ini tidak bertahan lama kerana pihak kerajaan berjaya menghalang mereka.  

Dasar Pendidikan Kebangsaan pihak kuam Cina dan India mempersoalkan soal bahasa.  Dalam Penyata Razak 1956 bahasa Melayu merupakan bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan negara.  Penyata ini juga telah menggubal satu sukatan pelajaran yang sama dan berteraskan hal ehwal Tanah Melayu bagi semua sekolah, termasuklah sekolah-sekolah aliran Inggeris, Cina dan Tamil.  Dasar Pelajaran Kebangsaan ini mendapat kecaman dari berbagai pihak.  Kaum bukan Melayu menganggap dasar itu terlampau mengutamakan bahasa Melayu dan mendapat kecaman meluas termasuk Kesatuan Guru-Guru Melayu Semenanjung tidak berpuas hati dari segi pelaksanaan dasar pelajaran.  Kesatuan ini sudah lama menuntut penubuhan sekolah menengah dan universiti yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. 

Di atas bantahan rakyat,  maka kerajaan bersetuju mengkaji dasar pelajaran tersebut.  Penyata Rahman Talib 1961 diperkenalkan, tetapi masih mengekalkan tujuan pokok Penyata Razak 1956  iaitu mewajibkan bahasa Melayu sebagai bahasa peperiksaan bagi Sijil Rendah Pelajaran (SRP) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).  Pengekalan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan dapat ditingkatkan dan dipelajari dengan lebih berkesan sebagai bahasa perpaduan.   











Penutup

Tarikh karamat 13 Mei 1969 adalah merupakan satu ingatan berkekalan kepada semua rakyat Malaysia tentang bahaya yang akan timbul dari sikap mengenepikan Perlembagaan dan mempermainkan soal-soal yang menyentuh perasaan, adat resam dan adat istiadat berbagai kaum,  terutama sekali dalam masyarakat negara kita yang mempunyai berbagai kaum dan ugama. Dasar-dasar kerajaan pada masa itu tidak mewujudkan dasar-dasar yang seimbang dari segi politik, ekonomi, pelajaran, kebudayaan dan pemberian biasiswa. Perisitiwa hitam itu telah membangkitkan kesedaran kepada ahli-ahli Majlis Perunding Negara (MPN) terutama yang mewakili parti pembangkang. Mereka dapat melihat ketidakseimbangan yang katara yang memerlukan penyelesaian. Pendedahan keadaan yang sebenarnya ini telah mendorong ahli-ahli Majlis Perunding Negara (MPN) menggubal satu dasar yang boleh mengurangkan ketidakseimbangan di antara rakyat berbilang kaum di Malaysia.  Di antara dasar yang digubal itu ialah Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar Pelajaran Kebangsaan dan Pembentukan Jabatan Perpaduan Negara sekurang-kurangnya mendasari keseimbangan politik, ekonomi,  pendidikan,  kebudayan dan sebagainya yang akhirnya akan mewarnai pembentukan nasion Malaysia yang tulen. 
Peristiwa berdarah itu menunjukkan betapa sukarnya ke arah pembentukan nasion Malaysia yang hendak dibentuk.  Rakyat harus sedar kesan jangka panjang penjajahan British, Dasar Pecah dan Perintah amat menukarkan usaha para pemimpin negara mengimpikan Nasion Malaysia  berhasil.  Sejarah hitam itu sebenarnya menjadi satu


pengajaran bagi kerajaan Perikatan untuk berfikir mencari satu formula yang relevan ke arah pembentukan nasion Malaysia. Kerajaan tidask boleh berbangga dengan pertumbuhan ekonomi sahaja, tetapi yang lebih penting ialah agihan kekayaan hendaklah menjadi agenda utama kerajaan yang memerintah yang boleh diterima umum. 





















Rujukan

Zainal Abidin Abdul Wahid et al, Malaysia Warisan dan Perkembangan Edisi Kedua.

Mohd. Reduan Asli, 1993, Pemberontakan Bersenjata Komunis di Malaysia,    
DBP.

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haz, 1969,  Sebelum dan Selepas 13 Mei,  Utusan Melayu
Berhad, Hulu Kelang, Selangor.

R.S. Milne dan Diane Mauzy, 1992, Politik dan Kerajaan di Malaysia.

Mohd. Foad Sakdam, 1999, Pengetahuan Asas Politik Malaysia, DBP, KL.

Puan Hajah Siti Aidah Hj. Lokin,  2006, Nota Kuliah Sejarah Nasion Malaysia, UMS.

Zulhilmi HJ. Paidi, Rohani HJ. Abdul Ghani, 2003, Pendidikan Negara Bangsa, UUM.

A. Aziz Deraman, 2002, Tamadun Melayu dan Pembinaan Bangsa Malaysia, DBP, KL.

Malaysia Kita, 1991, INTAN  (Institut Tadbiran Awam Negara).

Internit, http//www.Wikipedia, 18.2. 2006, 6.55 AM

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Top WordPress Themes