JURNAL 5



TEORI DAN PRINSIP PENGURUSAN PENDIDIKAN

Disedaikan oleh:
Haji Akhmad Bin Haji Monggoh
Guru Besar,  SK. Kinabutan Besar, Tawau


Abstrak

Kementerian Pelajaran Malaysia mendapati prestasi penguasaan pelajar dalam Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah luar bandar lemah dan kurang memuaskan.  Tinjauan kajian penyelidikan guru-guru Bahasa Inggeris di Sekolah Kebangsaan Kuala Merotai, Tawau  (luar bandar) yang dilakukan dengan kaedah soal selidik, temu bual dan pemantauan oleh Guru Besar dan Penolong Kanan Akademik bertujuan menilai pelaksanaan program Bahasa Inggeris.  Responden kajian penyelidikan secara khusus sekolah ini terdiri daripada guru yang terlibat mengajar Bahasa Inggeris seramai 2 orang guru lelaki (15.4%) dan seorang guru perempuan (7.7%). Penyelidikan ini juga menglibatkan Guru Besar dan Penolong Kanan Kurikulum dengan mengadakan pemantauan pengurusan panitia Bahasa Inggeris dan pelaksanaan program pedagogi di bilik darjah (15.4%).  Guru yang ditemu bual menyatakan mereka kurang sokongan bahan daripada Jabatan Pelajaran Negeri/Pejabat Pelajaran Gabungan kecuali modul bahan pengajaran dan pembelajaran daripada JPN, tambahan pula sekolah ini belum mendapat kemudahan Perkapita Grand (PCG).  Keadaan inilah guru-guru menghadapi pelbagai kekangan dan masalah dalam pelaksanaan program P&P di bilik darjah.  Kajian penyelidikan di sekolah ini telah mengenal pasti kejayaan pelaksanaan Bahasa Inggeris sangat berkait rapat kelayakan akademik dan ikhtisas guru serta pemilihan opsyen guru semasa menjalani latihan perguruan. Perancangan yang baik, berfokus serta penggunaan bahan bantu mengajar dan bahan bantu belajar sebagai sokongan akan dapat membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris dengan baik selari dengan kehendak Huraian Sukatan Pelajaran[1]. 

1.  Pengenalan
Penyelidikan ini adalah berdasarkan kajian yang sistamik, fokus kepada mata pelajaran Bahasa Inggeris yang dirujuk kepada soal selidik guru-guru Bahasa Inggeris, maklumat/data prestasi Penilaian Kendalian Berasaskan Sekolah (PKBS) 2005, Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dari tahun 2003 hingga 2005 Sekolah Kebangsaan Kuala Merotai Tawau.  Maklumat tambahan yang ada kaitan dengan pengurusan sekolah telah dirujuk kepada Sistem Maklumat Pembangunan Pendidikan Sekolah (SMPPS) berhubung dengan latar belakang pekerjaan, pendapatan perkapita ibu bapa di sekolah ini.  Selain daripada itu kajian Penyelidikan ini adalah rumusan penyelidikan melalui pemantauan pengurusan panitia Bahasa Inggeris, yang dibuat oleh Guru Besar dan Guru Penolong Kanan Kurikulum.   

Menurut Ahmad Ibrahim Abu Sin menjelaskan bahasa kajian penyelidikan berkaitan dengan pentadbiran dan pengurusan merupakan satu keperluan.  Kelebihan dan kepentingannya sukar dinafikan untuk melihat pelbagai masalah politik, masyarakat, kebudayaan dan manusia pada keseluruhannya[2] . Objektif teori pengurusan dijadikan teladan bagi menunjuk arah seseorang di dalam tindakan untuk berurusan dengan orang lain.  Teori yang diguna pakai menjadikan pegangan pengurusan tertakluk kepada kesesuaian keadaan dan persekitaran setempat. Contohnya teori normatif yang berguna sebagai garis panduan etika pengurusan yang wajib diamalkan oleh ahli organisasi[3]. 

Menurut pendapat Boles dan Davenport (1975) pentadbiran itu ialah tindakan yang diambil oleh pentadbir untuk mencapai hasil output yang dihajati. Dalam konteks pendidikan, ini ialah peluang-peluang untuk mendapatkan pembelajaran. Pentadbiran juga bertujuan menggerakan struktur organisasi, memenuhi keperluan-keperluan anggota dan memperkuatkan semangat atau morele di kalangan mereka[4]  

2.  Latar Belakang Penyelidikan

Penguasaan kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) merupakan tunggak pendidikan dan teras KBSR sekolah rendah. Mata pelajaran Bahasa Inggeris terangkum dalam aspek ini dan mula diajar di Tahun 1 di semua Sekolah Kebangsaan dan di Tahun 3 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil.  Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris bertujuan untuk melengkapkan murid dengan kemahiran asas Bahasa Inggeris dan penguasaan  dalam subjek ini supaya mereka boleh berkomunikasi dengan baik dan berkesan termasuk lisan dan penulisan.

3.  Pernyataan Masalah

Menurut Kajian Tinjauan Kementerian Pelajaran Malaysia mendapati bahawa prestasi penguasaan terutamanya di kalangan murid-murid sekolah luar bandar adalah lemah dan kurang memuaskan.  Kadar pencapaian yang rendah bagi Bahasa Inggeris peringkat UPSR di sekolah luar bandar menggambarkan pelaksanaan subjek ini kurang berkesan[5]. 

Merujuk kepada fenomena ini, perlu satu kajian menyeluruh untuk mengenal pasti masalah pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Inggeris bagi sekolah-sekolah di luar bandar dan kawasan pedalaman/terpencil.  Hasil dapatan kajian penyelidikan tersebut perlu menyenaraikan cadangan untuk tindakan bagi meningkatkan pelaksanaan Bahasa Inggeris yang lebih berkesan.

4.  Tujuan Penyelidikan 

Kajian penyelidikan ini bertujuan menilai pelaksanaan mata pelajaran Bahasa Inggeris di Sekolah Kebangsaan Kuala Merotai, Tawau.

5.  Objektif Kajian Penyelidikan

Secara khusus objektif penyelidikan di sekolah ini adalah bertujuan:-
5.1              Melihat profil guru Bahasa Inggeris SK. Kuala Merotai, Tawau
5.2              Menilai tahap kefahaman guru Bahasa Inggeris sekolah ini, terhadap kurikulum dan matlamat pengajaran subjek Bahasa Inggeris.
5.3              Menilai tahap perancangan dan pelaksanaan guru Bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran.
5.4              Menilai tahap khidmat sokongan yang diterima oleh guru Bahasa Inggeris bagi melaksanakan proses P&P Bahasa Inggeris.
5.5              Mengenal pasti isu/masalah yang dihadapi oleh guru yang melaksanakan P&P mata pelajaran Bahasa Inggeris.
5.6              Mengenal pasti ‘area’  kelemahan murid dalam Bahasa Inggeris dan punca-punca kelemahan.
5.7              Mendapat cadangan guru mata pelajaran Bahasa Inggeris terhadap P&P Bahasa Inggeris sekolah ini.

6.  Batasan  Kajian Penyelidikan    
Penyelidikan ini memberi tumpuan khusus kepada guru Bahasa Inggeris kerana mereka adalah penggerak dan pelaksana di peringkat pengurusan panitia Bahasa Inggeris dan juga pelaksana utama P&P di bilik darjah.

7.  Rasional Kajian Penyelidikan
Kejayaan pelaksanaan subjek Bahasa Inggeris ini sangat penting kerana kaitannya  dengan sikap dan keupayaan guru melaksanakan P&P mata pelajaran ini.  Input dan maklum balas daripada penyelidikan ini, diharap membantu pihak atasan Kementerian Pelajaran untuk memantapkan lagi program latihan guru Bahasa Inggeris di Institusi Pengajian Tinggi di negara ini.

8.  Metodologi
8.1                          Kaedah Penyelidikan
Penyelidikan ini telah dijalankan dengan cara menemu bual, memantau P&P Bahasa Inggeris di bilik darjah dan pemeriksaan pengurusan Panitia Bahasa Inggeris sekolah ini. 

Pengumpulan data profil guru Bahasa Inggeris, data prestasi Penilaian Berasaskan Kendalian Sekolah PKBS/UPSR diperolehi dengan merujuk kepada rekod sekolah,  temu bual guru dan murid tahun enam sekolah ini.

8.2                          Instrumen Penyelidikan
Instrumen yang digunakan untuk penyelidikan ini seperti berikut:-
8.2.1       Borang soal selidik guru Bahasa Inggeris;
8.2.2       Borang Pemantauan pengajaran dan pembelajaran;
8.2.3       Borang maklumat/profil guru Bahasa Inggeris;
8.2.4       Temu bual guru Bahasa Inggeris; dan
8.2.5       Temu bual 10 orang murid Tahun 6 di sekolah ini.

8.3                          Analisis Data

Maklumat yang didapati melalui kaedah penyelidikan di atas, telah digunakan untuk menentukan kebolehpercayaan data dan kerelevanannya dengan isu/masalah program pelaksanaan mata pelajaran Bahasa Inggeris yang dkenalpasti menjadi punca prestasi mata pelajaran Bahasa Inggeris rendah dan kurang memuaskan di sekolah ini.  

9.  Dapatan Penyelidikan
9.1                          Profil Guru Bahasa Inggeris yang mengajar di SK. Kuala Merotai Tawau:

Terdapat 3 orang (23.1%) guru mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris di sekolah ini.  Ketiga-tiga mereka berumur di antara 25 tahun hingga 54 tahun.  Mereka telah ditauliahkan oleh KPM sebagai guru terlatih lepasan maktab perguruan dengan memperoleh Diploma Pendidikan, Sijil Perguruan Malaysia dan seorang lagi memperoleh Sijil Maktab Perguruan Kent Tuaran.  Seramai 3 orang (23.1%) responden mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris di sekolah ini tidak beropsyen Bahasa Inggeris. Mereka mendapat latihan dalam Bahasa Inggeris melalui kursus dalaman anjuran Jabatan Pelajaran Negeri/Pejabat Pelajaran Gabungan dan berkelulusan SPM sahaja. Pengalaman Encik Yegge bin Bacho mengajar sebagai guru selama 27 tahun dan mengajar Bahasa Inggeris di sekolah ini selama 6 tahun, manakala Encik Rahman bin Soga pengalaman mengajar adalah 14 tahun, mengajar Bahasa Inggeris di sekolah ini selama 5 tahun dan Cik Norsia binti Salinri pengalaman mengajar 3.6 tahun dan mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris selama satu tahun.

9.2                          Tahap Kefahaman Guru Bahasa Inggeris terhadap Kurikulum dan
matlamat pengajaran subjek Bahasa Inggeris.  

Pada keseluruhannya responden memahami sebahagian besar matlamat pengajaran Bahasa Inggeris seperti yang terkandung dalam Huraian Sukatan Pelajaran (HSP), Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR).  Aspek kemahiran mendengar, membaca dan memahami perkataan guru adalah di tahap yang tinggi.  Teknik pengajaran berkumpulan adalah rendah dan stail pengajaran guru tidak berpusatkan murid sebaliknya  pengajaran bersyarah.  




9.3                          Tahap pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran
Bahasa Inggeris.

Sebahagian besar guru dapat melaksanakan matlamat pengajaran Bahasa Inggeris di sekolah ini.  Tahap pelaksanaan guru terhadap kemahiran mendengar  Bahasa Inggeris KBSR sederhana.  Dari segi strategi pengajaran adalah di tahap yang rendah kerana teknik yang digunakan tidak dipelbagaikan menyebabkan murid kurang minat.  Stail pengajaran keseluruhan guru tidak berfokus kepada masalah pembelajaran murid.  Latihan yang diberi kurang menjurus kepada potensi dan penyelesaian masalah murid. Guru kurang merujuk sumber-sumber lain seperti komputer/internet, audio-visual contoh radio, TV/Alat perakam, surat khabar/majalah/Jurnal dan sebagainya.

9.4                          Tahap Pelaksanaan Aktiviti Luar Bilik Darjah dalam Bahasa Inggeris.

Aktiviti luar bilik darjah yang paling kerap ialah kelas tambahan, pertandingan bercerita Bahasa Inggeris, ‘Choral Speaking’, Program Memperkaya Penbendaharaan Kata Bahasa Inggeris dan Klinik UPSR Bahasa Inggeris.

9.5                          Tahap Khidmat Sokongan yang diterima oleh guru Bahasa Inggeris
yang melaksanakan proses P&P Bahasa Inggeris. 

Responden pernah menghadiri kursus Bahasa Inggeris yang dianjurkan oleh JPN, PKG Daerah, Sub-PKG Kelompok peringkat Zon.  Seorang guru Bahasa Inggeris pernah mendapat latihan khusus Bahasa Inggeris di Maktab Perguruan Gaya Kota Kinabalu, manakala dua orang lagi tidak pernah mendapat kursus dalam perkhidmatan, kecuali kursus dan bengkel Bahasa Inggeris anjuran PPD hanya 1- 2 kali.  Sokongan bahan yang dibekalkan oleh JPN masih kurang dan tidak memenuhi keperluan pelajar luar bandar.  Mesin cetak (copy-printer) untuk memperbanyakkan lembaran kerja dan soalan-soalan ujian/peperiksaan formatif dan sumatif belum ada dibekalkan ke sekolah ini. 100% guru menggunakan wang ringgit mereka sendiri untuk tujuan P&P dan bahan bantu mengajar dan bahan bantu belajar di sekolah ini. 

9.6                          Masalah yang dihadapi oleh guru dalam melaksanakan pengajaran
Bahasa Inggeris

Guru menghadapi semua aspek kekangan dan masalah dalam proses P&P di bilik darjah. Dua blok bangunan lama dibina pada tahun 1965 tidak selesa untuk pelaksanaan proses P&P kerana tidak ada elektrik (panas, gelap dan tidak kondusif). Selain daripada itu aspek yang ketara ialah sikap murid yang kurang minat mata pelajaran ini.  Didapati  60% murid sekolah ini kurang bermotivasi, mereka malas dan tidak menepati masa menyiapkan tugasan di bilik darjah dan di rumah. 

Beban tugas yang banyak selain tugas mengajar Bahasa Inggeris, seperti aktiviti kokurikulum, tugas perkeranian, bahan bantu mengajar dibuat sendiri oleh guru dan lain-lain tugas tambahan yang diarahkan oleh pihak pentadbiran sekolah. Buku bacaan tambahan di rumah sangat rendah dan Penggunaan Pusat Sumber di sekolah tidak dimanfaatkan sepenuhnya.  10% di kalangan ibu bapa pelajar mengambil berat masalah pembelajaran anak mereka, manakala 90% ibu bapa tidak berperanan sebagai guru di rumah, sebaliknya menyerahkan sepenuhnya pendidikan anak mereka kepada guru di sekolah. 


Berikut adalah maklumat terkini murid tahap 2 sekolah ini yang tidak menguasai Bahasa Inggeris:-

Tahun/Kelas
Jumlah Murid Semua
Bilangan Murid Tidak Menguasai Bahasa Inggeris
Peratus Murid Tidak Menguasai Bahasa Inggeris
4
32
12
37.5%
5
22
15
68.2%
6
27
9
33.3%
JUMLAH
81
36
44.4%
        
  Sumber :  Ujian Penilaian Formatif Bulan Mac, 2006

Punca-punca kelemahan dikesan kerana kepedulian mereka terhadap pelajaran amat rendah. Pemantauan oleh ibu bapa di rumah tidak berlaku. Faktor lain menyebabkan 44.4% murid sangat lemah dalam Bahasa Inggeris kerana sikap murid yang malas dan kurang mendapat dorongan daripada ibu bapa.  Keadaan ini dipengaruhi oleh persekitaran sosial yang tidak sihat seperti budaya lepak.
  


Berikut adalah maklumat mengenai latar belakang pendapatan dan pekerjaan ibu bapa pelajar sekolah ini, yang merupakan di antara punca-puna pelaksanaan mata pelajaran Bahasa Inggeris kurang mendapat sokongan kewangan daripada pihak ibu bapa :
Pendapatan Ibu Bapa
Bilangan Murid
Popularasi Kaum/Bangsa
Pekerjaan
Melebihi RM685.00
21 orang

Bugis, Suluk, Tidung,
Melayu dan Dusun
Kerani, Penyelia Ladang, Penyelia Kilang, Guru, Pegawai Insuran, Polis dan Tentera
Kurang daripada RM685.00
154

Bugis, Tidung, Melayu, Iban dan Brunei
Buruh Ladang, Petani, Nelayan, Pemandu Bas, Pekerja Kilang dan Jaga
      
   Sumber :    Maklumat Kumpulan Wang Pelajar Miskin (KWPM)
SK. Kuala Merotai Tawau, Februari 2006


Pekerjaan ibu bapa adalah sebagai buruh ladang, petani, nelayan, pemandu bas, pekerja kilang dan jaga, dengan pendapatan kasar bulanan di antara RM200.00 hingga RM684.00. Dilihat dari sudut gafiknya, keadaan ini ibu bapa tidak mampu membeli buku-buku bacaan tambahan di rumah kerana kos perbelanjaan keluarga tidak mencukupi. Ini bermakna 80% di kalangan ibu bapa sekolah ini berada di paras kemiskinan.  Keadaan ini menyukarkan pihak sekolah untuk mendapatkan sokongan kewangan daripada ibu bapa untuk mendapatkan bahan bacaan tambahan yang diperlukan.



9.7                          Cadangan Guru Bahasa Inggeris Untuk Meningkatkan Dalam
Pelaksanaan Pengajaran Mata Pelajaran Bahasa Inggeris di SK. Kuala Merotai, Tawau:


9.7.1       Bahan bacaan bercetak yang relevan dan menarik diperbanyakkan untuk bacaan murid di sekolah contoh Buku Cerita, majalah, kamus dan sumber lain di dalam komputer/internit.
9.7.2       Memastikan guru opsyen Bahasa Inggeris mencukupi di sekolah ini.
9.7.3       Memberi kursus Bahasa Inggeris terutama guru bukan opsyen Bahasa Inggeris.
9.7.4       Menyediakan lebih banyak alat-alat audio-visual Bahasa Inggeris contoh: Radio, kaset/VCD/TV.
9.7.5       Membekalkan mesin copy-printer supaya bahan/lembaran kerja murid/soalan ujian formatif dan sumatif dapat dibuat dan dirancang dengann baik.
9.7.6       Meningkatkan program Bahasa Inggeris di sekolah.
9.7.7       Mengadakan majlis dialog bersama PPD/JPN/KPM untuk penyelarasan antara kurikulum dan peperiksaan.
9.7.8       Menyediakan peluang kepada guru Bahasa Inggeris untuk menghadiri Kursus Dalam Perkhidmatan.
9.7.9       Mengkaji semula beban tugas guru terutama Guru Bahasa Inggeris di sekolah.



9.7.10    Mengkaji semula kouta perkiraan guru supaya jumlah waktu guru Bahasa Inggeris mengajar tidak terlalu banyak dan mereka cukup masa untuk memberi tumpuan yang lebih kepada penyelesaian masalah pembelajaran murid di bilik darjah.
9.7.11   Bangunan sekolah yang terlalu lama tidak diganti atau dibaikpulih pihak KPM/JPN perlu memberi perhatian terutama sekolah-sekolah di luar bandar.
9.7.12   Melaksanakan program literasi Bahasa Inggeris bagi murid yang berprestasi rendah.
9.7.13   Menempatkan sekurang-kurangnya seorang Guru Pakar Bahasa Inggeris di setiap sekolah rendah/setiap zon sekolah rendah untuk tujuan memantau P&P Bahasa Inggeris.
9.7.14   Pemberian kepada SK. Kuala Merotai perlu diberi perhatian oleh KPM supaya keperluan pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris dapat dijalankan dengan baik dan berkesan.   

10      Output
Pencapaian keseluruhan UPSR SK. Kuala Merotai  2001 - 2005

TAHUN

BIL. CALON

BILANGAN LULUS SEMUA SUBJEK
BEZA
( + / - )
%

BILANGAN

PERATUS

2001
25
16
64
+19
2002
28
7
25
- 39
2003
25
11
44
+ 19
2004
22
9
40.9
- 3.1
2005
34
13
38.2
-2.7





PENCAPAIAN UPSR MENGIKUT MATA PELAJARAN 2003 – 2005


MATA PELAJARAN

TAHUN

BIL. CALON

BILANGAN

 DAPAT GRED

JUMLAH
A+B+C
A
B
C
D
E
BIL.
%
B. Melayu
(Pemahaman)
2003
25
5
8
11
1
0
24
96.0
2004
22
3
8
9
0
2
20
91.0
2005
34
13
10
10
0
1
33
97.1
B. Melayu
(Penulisan)
2003
25
5
13
4
2
1
22
88.0
2004
22
6
10
4
1
1
20
91.0
2005
34
8
16
4
3
3
28
82.4
B. Inggeris
2003
25
0
0
12
10
3
12
48.0
2004
22
0
0
9
5
8
9
40.9
2005
34
0
1
12
17
4
13
38.2
Matematik
2003
25
5
6
12
1
1
23
92.0
2004
22
2
7
13
0
0
22
100
2005
34
4
12
14
2
2
30
88.2
Sains
2003
25
0
11
11
2
1
22
88.0
2004
22
0
6
14
1
1
20
91.0
2005
34
1
12
17
2
1
30
88.2























11.     Penutup

Murid-murid SK. Kuala Merotai Tawau kurang berpeluang mempelajari Bahasa Inggeris melainkan di bilik darjah dengan bantuan guru Bahasa Inggeris sahaja.  Penyelidikan ini telah mengenal pasti bahawa kejayaan pelaksanaan mata pelajaran Bahasa Inggeris ada kaitan rapat dengan kelayakan akademik, kelayakan ikhtisas guru dan pemilihan opsyen semasa mengikuti latihan perguruan.

Persoalan sikap guru juga menjadi faktor proses pelaksanaan pengajaran Bahasa Inggeris kurang berkesan. Dikesan pengajaran guru Bahasa Inggeris tidak berfokus, sebaliknya stail pengajaran yang diamalkan cara bersyarah.  Pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid sepatutnya menjadi amalan guru. Konsep Pembelanjaran Masteri tidak berlaku dalam proses pengajaran dan pembelajaran, menyebabkan murid yang lemah tertinggal sedangkan mereka tidak menguasai kemahiran yang diajar.

Perancangan yang baik, teliti, kawalan yang berkualiti dan penggunaan bahan sokongan yang efektif dapat membantu guru melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris dengan baik di bilik darjah.  Pihak KPM perlu mengambil langkah dengan menyediakan program-program latihan intervensi untuk meningatkan pelaksanaan pengajaran Bahasa Inggeris di luar bandar umumnya,  di SK. Kuala Merotai, Tawau khasnya.  Cadangan-cadangan guru yang dikemukakan pihak KPM perlu memberi perhatian supaya masalah yang timbul di luar bandar dapat dikurangkan terutama pelaksanaan mata pelajaran Bahasa Inggeris.
Perbincangan
Nama            :         Akhmad bin Hj. Monggoh
Jawatan        :         Guru Besar
Institusi         :         SK. Kuala Merotai, Tawau
Pandangan     :        
Prestasi Bahasa Inggeris di luar bandar (SK. Kuala Merotai) boleh diperbaiki sekiranya guru dapat menggabungjalinkan perkara-perkara berikut :-
  1. Menjadi contoh ‘role model’  kepada murid dalam pengajaran Bahasa Inggeris melalui penguasaan Bahasa Inggeris yang betul.
  2. Menggunakan pendekatan yang sesuai dan sentiasa mencari jalan penyelesaian yang dihadapi oleh murid.  Guru perlu mengenal pasti ruang kelemahan setiap murid supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan secara berkesan.
  3. Memberi penekanan kepada ‘communicative approach’  menggunakan konteks pengajaran dengan pengalaman hidup murid seharian.
Pelapor :
1.                  Encik Rahman bin Soga (Guru BI dan mengajar di Tahun 1 dan 4)
2.                  Encik Yegge bin Bacho  (Ketua Panitia Bahasa Inggeris dan mengajar BI di Tahun 2, 5 dan 6)
3.                  Cik Norsia binti Salinri (Guru BI dan mengajar di Tahun 3)
4.                  Encik Abidin bin Moen (Penolong Kanan Kurikulum)




BIBLOGRAFI:

Profesor Dr. Robiah Sidin, 2003, Teori Pentadbiran Pendidikan Satu Pengenalan, Bangi

Dr. Mustafa Hj. Daud, 1997, Pengurusan Islam, UUM, Kedah, Utusan Publications &
Distributors Sdn. Bhd.

Dr. Naimah Ishak, Oktober 2002, Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan
2002, Hotel Cititel Pulau Pinang.

Analisis Keputusan Penilaian Kendalian Berasaskan Sekolah (PKBS)/UPSR SK. Kuala
Merotai, Tawau.

Sistem Maklumat Murid (SMM), 28 Februari 2006,  SK. Kuala Merotai.





       


[1] Dr. Naimah Ishak, 2002,  Seminar Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan 2002, Pulau Pinang.
[2]  Dr. Mustafafa Hj. Daud,  1997, Pengurusan Islam: Siri Pengurusan dan Pentadbiran Utusan
[3]  Dr. Mustafafa Hj. Daud,  1997, Pengurusan Islam: Siri Pengurusan dan Pentadbiran Utusan
[4]  Prof Dr. Robiah Sidin, 2003, Teori Pentadbiran Pendidikan Satu Pengenalan
[5]  Prof Dr. Robiah Sidin, 2003, Teori Pentadbiran Pendidikan Satu Pengenalan

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Top WordPress Themes