JURNAL 4



BUDAYA DAN IKLIM DALAM SESEBUAH SEKOLAH DIBENTUK OLEH KEPIMPINAN PENDIDIKAN.

Disediakan oleh:
Haji Akhmad Bin Hj. Monggoh
                              Guru Besar, SK. Kinabutan Besar, Tawau              

PENGENALAN

Konsep kepemimpinan sekolah boleh didefinisikan sebagai keupayaan mempengaruhi, memotivasikan, mempengaruhi, memotivasikan, mengubah sikap dan tingkah laku subkordinat atau orang bawahan seperti guru, staf dan pelajar supaya bersetuju melaksanakan program-program dan melakukan perubahan bagi mencapai matlamat sekolah. Kepemimpinan juga melibatkan pengaruh iaitu kebolehan mengubah sikap dan tindakan subordinat dengan menggunakan pelbagai sikap dan tindakan subkordinat dengan menggunakan pelbagai teknik dalam mempengaruhi individu lain. Ini bermaksud, kepemimpinan tidak dapat diasingkan daripada subkordinat dan perlu dilihat daripada sudut pandangan subkordinat. Dengan itu, kepemimpinan sekolah ataupun pengetua lebih menyeluruh dan berkesan.

          Kepemimpinan pendidikan adalah semua aktiviti, perlakuan, kemahiran, sikap  dan pengetahuan yang mencerminkan kebolehan dan kesediaan untuk mempengaruhi, mengerakkan, membimbing dan melatih individu. Warga sekolah dan komuniti luar sekolah ke arah mencapai objektif organisasi sekolah. Kepemimpinan guru pula lebih kepada menerapkan visi dan misi sekolah, mengurus bilik darjah, mengurus kurikulum dan ko-kurikulum, mengurus sukan dan permainan, mengurus Hal Ehwal Murid, perkhidmatan kaunseling dan sebagainya.

KEKEPENTINGAN DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah garis panduan yang digubal dan perlu diikuti oleh warganegara dalam merealisasikan usaha kerajaan bagi meningkatkan kualiti pendidikan dan taraf hidup penduduk di Malaysia. Menurut Abdullah Sani (1990), dasar Pendidikan Kebangsaan digubal sebagai garis panduan bagi mencapai matlamat yang dihasratkan oleh negara terutamanya kesedaran ke arah kepentingan perpaduan kaum. Penggubalan Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah berasaskan Laporan razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960. secara amnya, Dasar pendidikan Kebangsaan adalah mengisytiharkan hasrat dan nilai kerajaan bagi melahirkan rakyat yang dapat memenuhi aspirasi negara Malaysia dengan identity yang tersendiri melalui satu sistem pendidikan. Dalam pendekatan yang menyeluruh, matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan dapat dirumuskan seperti berikut,

          “Untuk mendidik rakyat Malaysia melalui Sistem Pendidikan Kebangsaan supaya membolehkan mereka menjadi warganegara yang berpengetahuan, bertanggungjawab dan berkebolehan bagi mencapai taraf yang lebih baik serta memenuhi kehendak-kehendak negara yang sedang membangun sesuai dengan dasar Ekonomi Baru. Di samping mewujudkan satu masyarakat yang taat setia, berdisiplin dan bersatu padu selaras dengan prinsip-prinsip Rukun Negara.”

Berdasarkan petikan di atas, jelaslah menunjukkan bahawa matlamat dasar Pendidikan Kebangsaan adalah pertama, untuk melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu. Kedua, melahirkan insane yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketrampilan dan sejahtera. Ketiga, menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan dan kemajuan negara. Dan yang teraakhir adalah untuk memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.

           Dasar Pendidikan Kebangsaan, seperti mana yang termaktub dalam Ordinan Pendidikan 1957, bertujuan membentuk sebuah sistem pendidikan kebangsaan yang meningkatkan perkembangan sosiobudaya, ekonomi dan politik di dalam negara. Tegasnya, matlamat pendidikan adalah untuk mencapai perpaduan kaum, mewujudkan sebuah masyarakat yang bertanggungjawab, progresif, berdisiplin serta berorientasikan sains dan teknologi moden.

KEPIMPINAN DAN SUMBANGANNYA DALAM WAWASAN PENDIDIKAN NEGARA

Wawasan pendidikan Negara adalah langkah konkrit bagi mencapai matlamat wawasan 2020. ia berperanan melahirkan insane yang dapat memberi sumbangan bagi mencapai matlamat Wawasan 2020 bagi menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan cemerlang pendidikan dalam erti kata sebenar selaras dengan matlamat yang ingin dicapai dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan. Wawasan pendidikan Negara dicetuskan dalam kertas kerja yang bertema Pengisian wawasan pendidikan di Persidangan Pendidikan Nasional pada 8 hingga 11 April 1993 oleh Datuk Dr. Wan Mohd. Zahid Mohd. Noordin, iaitu Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia pada masa itu.

          Proses perkembangan bangsa dan proses kemajuan negara berkaitan secara langsung dengan sistem pendidikan. Pendidikan bermutu melahirkan generasi yang sedar dan insaf dengan erti hidup dan tanggungjawab. Mereka berusaha memperkembangkan potensi masing-masing bagi mencapai kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Justeru itu, pendidikan berfungsi ebagai alat memenuhi keperluan-keperluan negara dalam pelbagai aspek sama ada politik, ekonomi ataupun sosial.

          Rukun Negera menjelaskan  hasrat mewujudkan masyarakat yang bersatu padu. Falsafah Pendidikan Negara memberi gambaran bentuk manusia yang mahu dilahirkan oleh sistem pendidikan iaitu insan seimbang daripada segi jasmani dan rohani. Wawasan 2020 pula menggariskan bentuk masyarakat yang mahu dibangunkan dalam abad ke-21 iaitu sebuah masyarakat serba maju, berkebolehan, berkemampuan, mempunyai daya tahan, daya saing dan daya juang yang tinggi. Lantaran itu, cabaran-cabaran yang menyusul semua hasrat itu, bertambah besar dan semakin rumit. Dengan itu, wawasan pendidikan Negara diperkenalkan semasa Persidangan Pendidikan Nasional. Isu utama yang dibawa adalah berkenaan keperluan perubahan dalam pendidikan. Menurut beliau, anjakan paradigma perlu dibuat untuk berubah.

          Seperti yang kita semua sedia maklum, abad ke-21 menjanjikan zaman yang serba canggih hasil daripada perkembangan sains dan teknologi yang hebat. Oleh itu, anjakan paragdima yang strategic perlu dibuat supaya Malaysia mampu menghadapi suasana global yang lebih mencabar. Bagi merealisasikan hasrat dan wawasan ini, tidak dapat dinafikan lagi bahawa bidang pendidikan adalah bidang yang terpenting dalam pembangunan negara. Tonggak kepada semua usaha mengeluarkan tenaga mahir yang diperlukan adalah pendidikan. Oleh sebab itu, perlu dilakukan anjakan paradigma dalam  pendidikan. Anjakan paradigma bukan bermaksud menidakkan keperluan perkara yang lama, tetapi cuba mengalih pandangan atau batasan pemikiran daripada terus terkongkong dengan perkara lama kepada perkara baru yang lebih baik berdasarkan reality yang ada.

          Justeru itu, wawasan pendidikan perlu menepati dan mencakupi elemen-elemen dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Misi Pendidikan untuk membolehkannya berdepan dengan cabaran-cabaran mendatang terutamanya seperti yang digariskan dalam Wawasan 2020 melalui praktis dan amalan pada setiap peringkat dan bidang pendidikan. Wawasan pendidikan juga perlu diselaraskan Dasar Pendidikan Kebangsaan bagi memastikan wawasan pendidikan yang ingin dicapai tidak menyimpang daripada Dasar Pendidikan Kebangsaan yang kita terapkan sejak dulu lagi.

HALA TUJU WAWASAN PENDIDIKAN NEGARA

Bagi memastikan wawasan pendidikan dapat diisi selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, beberapa hala tuju digariskan untuk dicapai. Ia menjadi panduan kepada warga pendidik dalam melaksanakan peranan dan tanggungjawab membina serta mencorakkan rupa bentuk individu dan masyarakat masa depan. Terdapat beberapa hala tuju yang ditetapkan dalam penetapan wawasan pendidikan negara, antaranya adalah seperti perpaduan, stail pengurusan dan kepimpinan, pemberian kuasa atau empowerment, budaya ilmu, budaya cemerlang, sekolah penyayang, perkhidmatan penyayang dan sisitem pengesanan.

          Perpaduan merupakan penggabungan, penyesuaian, kekeserasian dan penyatuan. Ia juga merupakan prasyarat yang membolehkan organisasi ataupun masyarakat memaksimumkan tenaga, usaha, fikiran dan pengeluaran bagi mencapai suatu matlamat. Dari segi stail pengurusan dan kepimpinan pula, ia menjurus pada usaha meningkatkan produktiviti, kecemerlangan dan kemesraan sehingga mencapai tahap tiada kecacatan. Dalam usaha mencapai matlamat ini, ia perlu mengimbangkan gaya kepimpinan yang bercirikan tindakan, idea, proses dan kemanusiaan dengan berteraskan wawasan pendidikan, kualiti kepimpinan dan ketrampilan pengurusan. Keberkesanan pengurusan dan kepimpinan ini sebenarnya berkait rapat dengan sifat berani, bersedia memikul risiko, kreatif, inovatif dan imaginatid. Kepimpinan yang matang bukan sahaja dapat melakukan kritikan secara membina, tetapi dapat mengkritik diri sendiri dan sentiasa melakukan refleksi diri.

          Selain itu, penetapan wawasan pendidikan juga perlu diselaraskan dengan pemberian kuasa atau dikenali juga sebagai empowerment. Empowerment  bermaksud menurunkan dan berkongsi kuasa dari pusat ke pinggiran, daripada ketaatan kepada iltizam, daripada kawalan kepada perkongsian kuasa, daripada rasional teknikal technical rationality) kepada rasional reflektif (reflective rationality). Ia dilakukan dengan tujuan mengubah cara berfikir, bekerja, mengurus, menyelia, berhubung dan bertindak. Kesemua factor ini adalah berkaitan dengan gaya kepimpinan. Bentuk kepimpinan ini sangat penting dalam membantuk seseorang pemimpian sekolah menyumbang ke arah merealisasikan wawasan pendidikan negara yang ingin dicapai.

          Seterusnya adalah dari segi budaya ilmu. Adalah menjadikan kebiasaan bagi menjadikan ilmu sebagai satu cara hidup yang berkesinambungan dalam semua aspek kehidupan yang merangkumi agama, kemanusiaan dan sains bagi melahirkan insane kamil selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Dengan amalan budaya ilmu ini, ia dapat melahirkan masyarakat yang berbudaya ilmu dan berwawasan. Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab seseorang pemimpin sekolah sama ada Guru besar atau Pengetua untuk memainkan peranannya sebagai antara insan yang bertanggungjawab untuk memastikan pelajar-pelajar di sekolah diterapkan dan didedahkan dengan budaya ilmu.
          Seseorang pemimpin sekolah juga seharusnya mempunyai budaya kerja yang cemerlang. Amanah dan akauntibiliti adalah landasan utama bagi membangunkan budaya cemerlang. Kita perlu mempunyai sikap berusaha ke arah kecemerlangan dan memiliki kesabaran untuk cemerlang bagi menghasilkan kecemerlangan. Dalam menyumbang ke arah merealisasikan wawasan pendidikan negara, seseorang pemimpin sekolah perlu menekankan gabungan konsep kognitif dan perasaan yang berteraskan keadilan. Ia adalah menurut kefahaman ilmu pndidikan yang mendalam berkaitan dengan kecerdasan, kecemerlangan dan usaha-usaha membimbing yang berterusan. Pemupukan usaha membina minda dan diri adalah teras dalam usaha membina sekolah penyayang. Ia memerlukan komitmen menyeluruh dariapada warga pendidik bagi menangani gejala-gelaja seperti ketidakadilan, keaiban, kecuaian dan ketidakpekaan terhadap pembentukan sekoah penyayang.  Dalam mewujudkan sekolah penyayang ini adalah menjadi tanggungjawab pemimpin sekolah sebagai pentadbir sesebuah bagi memastikan sekolah yang dibentuk menerapkan cirri-ciri sekolah penyayang.

          Selain membentuk sekolah penyayang, seseorang pemimpin juga perlu menerapkan perkhiamatan penyayang di sekolahnya. Dalam hal ini seseorang pemimpin sekolah perlu menekankan soal kebajikan dan keselesaan di kalangan warga pendidikan. memandangkan bilangan anggota pendidikan terlalu ramai, maka sudah tentu terdapat kerenggangan di kalangan mereka walaupun berada di bawah bumbung yang sama. Kerenggangan juga mungkin terjadi akibat daripada kesibukan warga pendidik itu sendiri. Oleh itu, diharapkan perkhidmatan penyayang ini dapat merapatkan hubungan dan keakraban serta melahirkan warga pendidikan yang prihatin pada tugas dan tanggungjawab. Gelaja-gejala mengaibkan sesama sendiri, keterasingan dan ketidakmampuan seharus perlu dielakkan untuk membolehkan warga pendidikan ini berkerja dalam suasana yang harmoni dan seterusnya mampu menyumbang kea rah merealisasikan wawasan pendidikan negara selaras dengan Wawasan 2020.

          Yang terakhir sekali pula adalah sistem pengesanan. Sistem pengesanan ini merupakan sistem petunjuk, pengukur dan penilai yang bersifat kuantitatif dan kualitatir bagi mendapatkan maklum balas bagi suatu perancangan. Ia menjadi fungsi pengurusan dan komponen penting dalam pengurusan kurikulum bagi menggambarkan kedudukan yang sedang berlaku. Hasilnya segala aktiviti, projek dan program yang menjadi hasrat dapat diikuti, dikawal dan dirangsang bagi merealisasikan apa yang diingini. Ia membawa kepada proses penghayatan dan pemantapan institusi dan organisasi. Pelbagai instrument digunakan bagi mengesan keberkesanan rangsangan ini. Seseorang pemimpin sekolah harus peka dalam aspek-aspek seperti ini kerana adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk memastikan segalanya berjalan lancar.

PELAKSANAAN WAWASAN PENDIDIKAN

Matlamat menjadi negara maju beracuan sendiri seperti yang digariskan dalam sembilan cabaran Perdana Menteri bukan perkara yang mudah dicapai. Mustahil untuk diserahkan hanya kepada pemimpin negara semata-mata bagi memikir dan bertindak kea rah merealisasikan sita-sita itu. Sebenarnya, semua pihak perlu dilibatkan. Pelaksanaan suatu dasar dan wawasan pendidikan sewajarnya melibatkan lima pihak iaitu pelajar, guru, pentadbir, ibu bapa dan masyarakat. Tanpa komitmen kelima-lima golongan ini, sudah tentu segala matlamat yang telah ditetapkan takkan kesampaian.

          Walau bagaimanapun, dalam melihat sumbangan pemimpin sekolah kea arah merealisasikan wawasan pendidikan sekolah, kita akan melihat peranan seseorang Guru besar atau Pengetua sebagai pentadbir dan pemimpin sekolah. Pandangan baru berkenaan kepimpinan mewujudkan peranan baru yang perlu dimainkan oleh seorang pentadbir ataupun pemimpin. Ia bermula sebagai individu yang merancang, berfikir dan mengambil tanggungjawab serta memberi arahan kepada sub-kordinat. Dala erti kata lain, pentadbir atau pemimpin sekolah ini adalah pelatih dan coordinator kepada subordinat.

          Ini sejajar dengan hala tuju wawasan pendidikan untuk mencapai stail pengurusan dan kepimpinan yang menjurus kepada usaha meningkatkan produktiviti kecemerrlangan dan kemesraan sehingga  akhirnya mencapai tahap tiada kecacatan. Dalam usaha mencapai matlamat, seseorang pemimpin perlu bijak mengimbangkan gaya kepimpinan bercirikan teladan, idea, proses dan kemanusiaan yang berteraskan wawasan pendidikan, kualiti kepimpinan dan ketrampilan pengurusan.

          Pentadbir juga dilihat sebagai individu yang berfungsi membantu subordinat membuat keputusan dan bekerja dengan lebih efisien. Di samping peimpin sekolah ini juga bertindak sebagai pemantau kepada subordinatnya bagi mambantu dalam mencapai matlamat pendidikan yang ingin dicapai. Ini selaras dengan hala tuju wawasan pendidikan yang mahu mencapai empowerment  dengan mengubah cara berfikir, bekerja, mengurus, menyelia, berhubung dan bertindak. Ia juga turut menjelaskan bahawa walaupun pentadbir bebas mengajukan pertanyaan dan memberikan saranan, beliau tidak perlu membiasakan diri membuat keputusan bagi pihak orang lain. Pemimpin perlu sedar bahawa subordinat menjadi lebih bertanggungjawab dan matang dengan belajar memikul tanggungjawab bagi setiap keputusan dan tindakan yang dilakukan.

          Selain itu, seseorang pemimpin sekolah juga perlu memberi kesempatan kepada subordinatnya untuk belajar daripada pengalaman. Apa yang perlu diperhatikan bukan sahaja apa yang dilakukan, tetapi perhatikan juga cara kerja itu dilaksanakan oleh subordinatnya. Pemimpin perlu mempunyai tanggungjawab melatih subordinate untuk lebih peka dan jelas dengan proses dan isi kerja yang dilakukan dan ebrani menilai hasil kerja yang diingini secara jujur dan objektif. Ini kerana, amanah dan akauntabiliti adalah landasan utama dalam membangunkan budaya cemerlang di sekolah dan seterusnya digunakan dalam pengisian wawasan pendidikan negara seperti sekolah cemerlang.

          Di samping itu, sebagai penyumbang kepada merealisasikan wawasan pendidikan negara, seseorang pemimpin sekolah juga perlu mewujudkan iklim sosial yang baik di sekolahnya. Iklim sosial yang baik diperlukan bagi mewujudkan sekolah penyayang dan perkhidmatan penyayang. Pentadbir juga perlu memainkan peranan kea rah mencipta iklim sosial yang baik dalam organisasi sekolah di mana pentadbir perlu memandang dirinya sebagai koordinat, bukan supervisor. Ini kerana, apabila dia memandang atau meletakkan dirinya sebagai supervisor dan mula menjadi pemerintah kepada subordinate, ia secara tidak langsung akan mencipta suasana persaingan yang tidak sihat, permusuhan, suasana yang terlalu formal, mejauhkan diri, saling mengkritik dan saling salah menyalahkan. Perkara-perkara ini akan mewujudkan suasana kerja yang tidak harmoni dan akan menimbulkan rasa tidak selesa di kalangan subordinate di sesebuah sekolah. Sebaliknya apabila pentadbir yang menganggap dirinya sebagai coordinator yang mengharapkan kerjasama subordinat dapat mewujudkan suasana persaudaraan, kerjasama dan penuh rasa kebebasan. Keadaan ini akan menghasilkan iklim sosial yang baik di mana subordinat akan mencapai kematanga melalui pengagihan tanggungjawab yang seimbang.
PERANAN PEMIMPIN SEKOLAH KE ARAH MEREALISASIKAN WAWASAN PENDIDIKAN NEGARA

Pentadbir di sesebuah sekolah terdiri daripada Guru besar, Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan Penolong Kanan Ko-kurikulum, guru dan kakitangan sokongan. Keberkesanan sekolah adalah bergantung pada usaha dan kerja keras individu-individu ini. Namun apa yang paling penting adalah kepimpinan seseorang Guru besar yang merupakan pemimpin bagi sesebuah sekolah.  Menurut Hodgets (1975), kepimpinan adalah proses mengarah daya usaha kakitangan supaya dapat mencapai matlamat organisasi. Kepimpinan sekolah pula adalah proses pengetua ataupun Guru besar mendapatkan kerjasama individu yang bertugas di bawah arahannya dalam menuju kea rah penyempurnaan matlamat.

Di sekolah, Guru besar perlu bijak berinteraksi dengan kakitangan di bawahnya bagi mendapatkan kerjasam dan mewujudkan sikap tanggungjawab dan amanah kepada tugas masing-masing. Menurut teori moden, kaedah berkesan bagi mencapai matlamat bukan dengan cara menggunakan kuasa, tetapi memeuhi hasrat dan keperluan individu. Oleh itu, pihak pentadbir terutamanya Guru besar perlu sentiasa mengambil inisiatif bagi memotivasikan guru-guru dan kakitangan sekolah untuk berusaha keras bagi mencapai matlamat sekolah kerana untuk merealisasikan wawasan pendidikan negara yang telah ditetapkan dalam sembilan cabaran 2020, kita perlu memulakannya daripada akar umbi yang satu satu daripadanya adalah di sekolah kerana di sini golongan bijak pandai, bakal pemimpin, bakal pegawai, bakal guru, bakal polis dan sebagainya akan dilahirkan.

          Dalam membantu kepada merealisasikan wawasan pendidikan negara, seseorang pemimpin itu perlu mempunyai gaya kepimpinan yang efesien yang membolehkannya memandu subordinatnya dan mentadbir organisasinya dengan lebih berkesan.  Menurut Moa Tze Tung, pemimpin berkesan adalah ‘jinak seperti kucing dan garang seperti harimau’. Dalam konteks ini, pengetua atau guru besar yang mempunyai keseimbangan emosi dan perasaan. Ada kalanya, pengetua atau guru besar memerlukan ciri-ciri perwatakan yang lembut dan mesra. Ada masanya dia memerlukan personality yang tegas dan garang. Pengetua atau guru besar perlu merangka matlamat-matlamat sekolah dan diperjelaskan secara terperinci kepada guru-guru, ibu bapa dan para pelajar. Perbincangan dan mesyuarat bersama guru-guru perlu diadakan, begitu juga dengan ibu bapa dan penjaga. Komunikasi secara formal kepada pelajar seperti berucap di perhimpunan mingguan, surat edaran dan majalah sekolah perlu dapat memberi kesan. Sumbangan serta penglibatan guru-guru dan ibu bapa penting kea rah mencapai matlamat yang ditetapkan.

          Di samping itu, seseorang guru besar atau pengetua juga perlu menyelia dan menilai pengajaran guru-guru bagi memastikan matlamat sekolah diterjemahkan kepada amalan pengajaran di bilik darjah oleh guru. Perbincangan dengan guru-guru mata pelajaran juga perlu dilakukan bagi memperbaharui dan mempertingkatkan mutu pengajaran. Memantau kemajuan akademik pelajar menjadi tugas penting seseorang pengetua atau guru besar. Beliau perlu mencari teknik dan kaedah yang berkesan bagi melaporkan kemajuan pelajar dan memastikan keputusan peperiksaan dan ujian mencapai piawaian yang ditetapkan.

          Guru besar atau pengetua yang bertanggungjawab dan mempunyai cirri-ciri pemimpin yang baikakan menentukan kejayaan sekolah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Guru besar atau pengetua yang mempunyai karisma akan dihormati dan akan berjaya memimpin orang di bawahnya bagi melicinkan perlaksanaan matlamat dan objektif yang ditetapkan.

          Di Malaysia dan juga kebanyakan negara-negara lain di mana pentadbiran perkhidmatan pendidikan diatur dalam hirarki yang berbentuk pyramid, guru besar atau pengetua sekolah adalah kakitangan yang terpenting di peringkat sekolah kerana peranannya sebagai pemimpin, pentadbir dan pengurus sekolah atau sebagai ketua eksekutif. Banyak perubahan telahpun berlaku kepada pendidikan, misalnya dari segi tahap profesionalisme profesion perguruan, kurikulum, konsep perngurusan dan pentadbiran pendidikan, peningkatan kos pembiayaan dan penyelenggaraan sistem pendidikan, permintaan masyarakat dan majikan terhadap sumbangan pendidikan, persepsi orang ramai berkenaan peranan sekolah dan seumpamanya, peranan guru besar atau pengetua turt berubah selaras dengan perubahan dalam sistem pendidikan. Sekarang, guru besar perlu memberi penekanan yang lebih kepada menjalankan tugas pentadbiran dan pengurusan, iaitu mengawal dan menyelenggarakan sistem sekolah supaya kesemua komponen dalam sistem sekolah berjalan mengikut peraturan dan secara teratur. Secara umunya, seperti yang ditunjukkan oleh Hill (1980), <organ dan Hall (1982), dan Morgan, et al. (1983), bahawa peranan pengetua atau guru besar sebagai pentadbir telah berubah dan bertambah kompleks dan menurut Benn dan Simon (1970) pula peranan pengetua atau guru besar berubah kerana bertambah saiz sekolah kerana mentadbir sekolah yang besar adalah tidak sama dengan mentadbir sekolah kecil. Begitu juga pendapat Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan dasar Pelajaran (1980), bahawa pengurusan sekolah bertambah rumit dan kompleks kerana pertambahan saiz sekolah.

          Pada umumnya dipersetujui bahawa pengetua dan guru besar adalah bertanggungjawab tergadap pelaksanaan dasar dan program pendidikan di peringkat sekolah dan pencapaian objektif pendidikan kerana keupayaannya membimbing dan pengaruhnya di atas yang lain iaitu guru dan pelajar dalam sekolah. Basset, crane dan walker 91974) pula mendapati bahawa pengetua dan atau guru besar mempunyai pengaruh yang kuat ke atas pelajarnya sama ada secara langsung melalui pertaliannya dengan pelajar dan pengaruhnya ke atas pelajar secara tidak langsung melalui hubungannya dengan guru. Dalam konteks ini, peranan yang dimainkan oleh pengetua atau guru besar adalah sangat penting. Ini bermakna bahawa segala usaha kea rah peningkatan kualiti dan keberkesanan sekolah mestilah dibuat melalui peningkatan kualiti dan keberkesanan pentadbir dan pengurus sekolah iaitu guru besar atau pengetua. Bennis 91989) berkata bahawa kualiti hidup kita bergantung kepada kualiti pemimpin kita. Dalam hubunganyang sama, boleh dikatakan bahawa kualiti sekolah kita adalah bergantung kepada kualiti pemimpin sekolah iaitu kualiti atau kepimpinan guru besar dan pengetua.








KESIMPULAN

Sistem pendidikan di Malaysia sentiasa mengalami perubahan selari dengan peredaran zaman dan tuntutan keperluan negara. Oleh kerana sistem pendidikan itu tidak static, maka perubahan itu sering menimbulkan isu yang menarik perhatian umum. Dunia pendidikan juga adalah wadah istimewa, lebih-lebih lagi profesion guru adalah satu-satunya yang dapat eningkatkan martabat rakyat negara menjadi bangsa yang maju. Orang yang menguasai dan memanfaatkan ilmu pula memimpin yang lain dalam mencapai impian dan wawasan.

          Pengetua atau guru besar adalah peneraju utama di sekolah. Kata-katanya adalah kata pemutus dan bicaranya adalah suara rasmi organisasinya. Justeru itu, dalam arusperdana globalisasi hari ini, peranan dan fungsi pengetua atau guru besar memang menjadi focus dan perhatian umum. Dalam urusan rasmi sekolah, pengetua atau guru besar akan membawa tiga watak iaitu sebagai pentadbir, pengurus dan pemimpin. Watak kepimpinan adalah tahap tertinggi dalam pengurusan sesebuah sekolah. Oleh itu untuk memastikan perjalanan pengurusan dan pentadbiran sesebuah sekolah itu selari dengan matlamat wawasan pendidikan negara yang termaktub dalam wawasan 20220, seseorag guru besar atau pengetua sebagai pemimpin seharusnya peka dan memandu organisasinya selari dengan matlamat yang ingin dicapai bagi menjamin wawasan pendidikan itu tercapai.




BIBLIOGRAFI

Abd Rahim Abd Rashid (2000), Wawasam & Agenda Pendidikan, Kuala Lumpur : Utusan
          Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Abdullah Sani Yahya (2003), Menurus Sekolah, Pahang : PTS Publications & Distributors       
          Sdn. Bhd.

Ainon Mohd & Abdullah Hassan (2003), Bakat Dan Kemahiran Memimpin, Pahang : PTS
Publications & Distributors Sdn. Bhd

Ayob Jantan (2004), Pengetua Sekolah Yang Efektif, Pahang : PTS Publications &
          Distributors Sdn. Bhd

Omardin Ashaari (1996), Pengurusan Sekolah Suatu Panduan Lengkap, Kuala Lumpur :
          Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd



0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Top WordPress Themes